Thursday, June 13, 2013

Selamat tinggal!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai, dalam sehari berapa kali anda online? anda online melalui telefon pintar atau komputer? komputer anda menggunakan perisian windows atau u-buntu? jika anda menggunakan windows di sini aku nak kongsi satu berita yang pengguna windows perlu ambil tahu.


Bagi sesiapa yang menggunakan perisian operasi Windows XP, Microsoft Malaysia telah mengumumkan secara rasmi penamatan sokongan Windows XP yang akan dilakukan pada 8 April 2014. Jadi bagi sesiapa yang masih menggunakan Windows XP, anda digalakkan untuk bertukar kepada perisian yang lain bagi mengelakkan risiko kelemahan, gangguan perniagaan dan kemungkinan tambahan kos. Bermula tarikh tersebut, pihak Microsoft tidak lagi menyediakan pembaikan kemas kini serta bantuan teknikal dalam talian.

Hurm, itulah info yang aku baca dalam majalah PC keluaran Jun 2013. Diumumkan oleh Ketua Pemasaran dan Pegawai Operasi Microsoft Malaysia, Danny Ong (katanya). Komputer rumah aku masih menggunakan windows XP, nampak gayanya aku kena cari perisian operasi lain lah. Hari tu dah berkira dengan adik aku nak guna windows yang terbaru tapi dek kerana leka dan boleh juga dikatakan komputer tu sudah lama di anak tiri kan jadi hasrat tu hanya tinggal cadangan, tiada tindakan susulan. Erm tarikh tu lambat lagikan? tunggu dah dekat nanti baru aku tukar agaknya, hehe. 



Adios!





p/s : sudah sampai masanya untuk bertukar (agaknya) heh







2 comments:

  1. alahai..dah nak tamatkan sokongan windows XP dah ke? Hurmm nak tak nak terpaksalah tukar nampaknya :)

    p/s tajuk tu buat suspen je :P hehe

    ReplyDelete
  2. info yang berguna...

    www.noormalashahar.com

    ReplyDelete