Friday, February 8, 2013

salah sendiri!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

salam jumaat kepada bloggers, readers, stalkers dan haters sekalian, 
semoga segala perancangan berjalan sepertimana yang dirancang ya!

*****

terlupa ke nyanyuk? itu soalan yang aku tujukan kepada diri aku sendiri..hehe

semenjak aku guna khidmat cik mini, boleh dikatakan setiap waktu aku online kecuali waktu tidur la kan. tapi walaupun aku tidur, cik mini aku ni tetap online terutamanya tweetcaster lah. kekadang kalau rajin online facebook jap, skodeng TL, ada status yg berkenan di hati, klik la ibu jari terangkat tu ;)

twitter ni nak kata aku banyak tweet tak juga, selalu aku skodeng tweet orang jer, kalau ada yang berkenan aku RT jer. ada yang cerita pasal rutin harian, ada yang meroyan sebab putus cinta, ada yang bergaduh pasal politik, ada yang bikin panas bila tweet mengarut a.k.a attention seekers dan banyak lagi la kot. kamu semua lebih arif rasanya apa yang dalam TL tu. kekadang bangun tidur tengok notification ada beratus tweet baru, rajin bebenor demo tweet neh, tak tido ko? hoho

erm bila online guna smartphone  maknanya kena lah subscribe mobile internet untuk maxis dan broadband daily, weekly, monthly untuk celcom sebab nak mengelak daripada kredit yang ada tu mengalir macam air bila online kan. kebiasaannya aku akan subscribe untuk 24 jam dan selalunya akan ada mesej bagi tahu tempoh 24 jam tu dah nak habis. 

kesibukan menghadap kerja "kadang tu saja-saja berlakon kononnya sibuk sangat" menyebabkan kekadang aku lupa tempoh 24 jam tu, tup tup nak hantar mesej tak dapat, nak buat call lagi la tak boleh. tengok baki kredit RM 0.00, tepuk dahi laju-laju *padan muka aku* 

lagi best bila guna tab adik aku. punya la semangat nak online, nak blogwalking, nak update entri dan macam-macam jenis nak lagi lah. klik browser keluar pop up internet connection not available, aik awat ni? line penuh jer tapi kenapa tak boleh online? check broadband status, lorh tak subsribe broadband macam mana nak online? parok doh mu ni kaishin, lupa ke nyanyuk? ke jakun? hoho

*erm aku pun tak tahu apa yang aku kongsi sebenarnya*



p/s macam takde kaitan jer tajuk dengan isi entri ni -.-

12 comments:

  1. Haha. Biasalah tu. Saya pun kadang2 lupa. Sedar2 je kredit dah kena potong. Huhu. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. termenung kejap bila tgk kredit dah abis kan..hehe

      Delete
  2. lupa eh?...ingat kat siapa tu :P hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm ingat kat sapa eh? :P hehe

      Delete
    2. erm kat comot ngan chengut kot :P hehe

      Delete
    3. untung la comot ngan chengut..ada orang rindu kat diorang :P hehe

      Delete
  3. aku pun rasa mcm entri ni xde kena mengena ngan tajuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah abis taip baru sedar..biar je lah hehe

      Delete
  4. lari tajuk ni..haha.. terasa bab tweet meroyan tu..hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. jauh larinya kan..hehe sila terasa..hahaha

      Delete
  5. hehehhe, xpe2..anna enjoy baca walaupon xde kena mengena ngan tajuk...hikhikhik

    ReplyDelete