Saturday, October 6, 2012

pilihan di tangan anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

hai bloggers dan readers semua..
sedang apa dan di mana? harapnya rutin harian kamu berjalan lancar yer..

*****

pilihan dan memilih, dua perkara yang pasti berlaku dalam kehidupan kita sebagai manusia. persoalannya adakah betul pilihan yang kita buat? bolehkah direalisasikan pilihan yang telah di buat? menyesal atau tidak dengan pilihan yang telah di buat? aku selalu terlibat dalam situasi ni sehingga ada ketika aku tak tau nak buat keputusan macamana. dilema aku di buatnya.



sedar atau tidak, setiap saat kita perlu membuat pilihan atau keputusan. samada melibatkan perkara yang nampak remeh seperti apa yang hendak di makan pilihan dan keputusan tetap perlu di buat. malah dalam menentukan hala tuju hidup, kita juga perlu membuat pilihan dan keputusan. kita selalu memberi alasan "tiada pilihan" atau "semuanya sudah ditentukan" seolah-olah kita ingin menyalahkan pihak lain kerana tidak memberi pilihan sedangkan pilihan sentiasa ada ditangan kita.

apabila pilihan sudah di buat, itu bermakna kita telah bersedia untuk menghadapi segala risiko yang bakal datang. untuk itu Islam telah mengajar kita konsep usaha, doa dan tawakal. berusaha sehabis daya untuk merealisasikan pilihan tersebut, disusuli dengan doa ke hadrat ilahi agar pilihan yang di buat mendapat keberkatan. dan setelah itu barulah kita berserah kepada Allah. bertawakkal bahawa segalanya datang daripada-Nya dan hanya Dia yang berhak untuk memberi atau tidak.



kurang selesa dengan kehidupan yang sedia ada tidak bermakna ianya akan kekal selamanya kerana semuanya bergantung kepada diri kita sendiri samada untuk berubah atau terus kekal dalam situasi yang sama. namun ada ketikanya sukar untuk membuat keputusan kerana takut untuk berdepan dengan risiko dan mengambil jalan mudah dengan mendiamkan diri. terperangkap dalam membuat keputusan akan membuatkan kita berada dalam dilema dan memberi tekanan kepada diri sendiri. jalan termudah untuk keluar dari tekanan dan dilema itu adalah membuat pemilihan yang sesuai. tepuk dada tanya iman.



dalam membuat satu-satu pilihan perlulah berpandukan akal, iman dan amal. bertenang sebelum membuat pilihan atau keputusan dan dapat membezakan antara akal dan emosi maka insyaAllah proses membuat pilihan atau keputusan dapat dilakukan dengan baik.

redha dengan keputusan atau pilihan yang telah di buat, berusaha sebaik mungkin untuk merealisasikannya. jika segala usaha, doa dan tawakkal telah di buat, akan tetapi tidak mendapat hasil seperti yang diharapkan, tidak bermakna keputusan atau pilihan kita itu salah sebaliknya yakinkan diri bahawa Allah sedang menguji kita.  tenangkan fikiran, positifkan pemikiran untuk terus berusaha atau menukar strategi baru.


"Ya Allah, ssesungguhnya aku mohon pilihan-Mu dengan ilmu-Mu, dan aku mohon kepastian kepada-Mu dengan kekuasaan-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa, Engkau Maha Tahu dan Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui urusan ini baik bagi ku, untuk agama ku, untuk penghidupan ku dan akhir kesudahannya kelak, maka takdirkanlah hal itu bagi ku dan mudahkanlah bagi ku, kemudian kurniakanlah keberkatan bagi ku. dan apabila Engkau mengetahui pekerjaan itu buruk bagi ku, untuk agama ku, untuk penghidupan ku dan akhir kesudahannya kelak, maka singkirkanlah hal itu daripada ku dan hindarkanlah aku daripadanya. takdirkanlah hal-hal yang baik bagi ku di mana kebajikan itu berada, kemudian berilah aku menyenanginya"


sekadar renungan untuk diri sendiri agar lebih maju di masa hadapan dan semoga segala keputusan dan pilihan yang aku buat dipermudahkan dan mendapat keberkatan dari-Nya.
insya-Allah

-maskulin-


p/s saling ingat mengingatkan sesama manusia

4 comments:

  1. walau apa jua pilihan yang kita buat dalam hidup, biarlah untuk kebaikan dan mendapatkan keredhaan dariNYA.

    ReplyDelete
  2. Saya sokong dhn kata2 puteri...
    Manusia sememangnya tak dpt lari dari pilihan

    ReplyDelete