bangun pagi, menung kejap, gosok-gosok mata, capai tuala, masuk bilik air, gedebush mandi. tu la yang biasanya jadi rutin bila bangun dari tidur kan hehe.
tadi aku ada terbaca pasal amalan Rasulullah ketika baginda bangun dari tidur. sebagai umat baginda Rasulullah kita perlu la jadikan ikutan sunnah-sunnah Baginda kan, jadi jom kita sama-sama baca dan amalkan ye..
** Usap wajah yang terkesan bekas tidur dengan tapak tangan. menurut Imam Nawawi dan al-Hafiz Ibnu Hajar, perbuatan ini dianjurkan berdasarkan hadis yang bermaksud: "Rasulullah s.a.w. bangun tidur kemudian duduk sambil mengusap bekas tidur dari wajah dengan tangannya." (Riwayat Muslim)
** Berdoa ketika bangun tidur: "Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah Dia menidurkan kami, dan kepada-Nya kami dibangkitkan." (Riwayat al-Bukhari)
** Bersiwak. "Apabila Rasulullah s.a.w. bangun malam, Baginda membersihkan mulutnya dengan bersiwak (bersugi)." (Muttafaq 'alaih)
** Mengeluarkan atau menyembur air daripada hidung setelah menyedutnya (tidak terlalu dalam). Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Apabila seseorang di antara kamu bangun daripada tidur, maka berbuatlah demikian tiga kali kerana sesungguhnya syaitan bermalam di hujung rongga hidungnya." (Muttafaq 'alaih)
** Mencuci tangan tiga kali. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Apabila salah seorang daripada kamu bangun tidur, janganlah kamu memasukkan keseluruhan tangan kamu ke dalam bekas air sebelum mencucinya tiga kali." (Muttafaq 'alaih)
p/s : selamat beramal -.-
hehe..rambut serabut
ReplyDeleteSaya disini : tgh mamai tu hehe
Deleteboleh dijadikan amalan
ReplyDeletep/s puteri tak dpt shout..sebab shout tak muncul2 walaupun byk kali puteri refresh
puteri kasih : selamat beramal :)..
Deleteshout problem lagi la tu..da byk kali kena :(