Tuesday, April 10, 2012

rumah siap pahat berbunyi.

Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera semua, apa khabar? sihat eh, kalau tak sihat cepat-cepat la makan ubat eh takut nanti tergendala pulak aktiviti yang dirancang.

ABPBH dah selesai, keputusan pun semua dah sedia maklumkan. Aaron Aziz dah menang dan dapat anugerah bintang paling popular. ada juga la mulut yang seolah-olah mempertikaikan keputusan tu tapi biasa lah kan manusia ada macam-macam ragam, pendapat pun lain-lain kan, aku pun tak berapa minat sangat majlis-majlis camni.

Apa yang aku nak kata, soal sapa menang tu tak jadi isu sebab keputusan tu atas pilihan peminat. nak kata tak layak, entah la tapi kalau tak layak takkan boleh masuk bertanding kan. kalau nak persoal sebab dia artis luar masa sorang artis luar dapat dato' dulu ada orang pertikai ke, takde kot. kalau nak kira layak, layak ke? baru sekali datang berlakon kat malaysia terus dapat dato', hebat.

Dia lagi layak kot, majukan industri negara siap bawa keluarga bermastautin kat sini lagi. kira layak la dari yang dapat dato' tu kan. emo pulak aku ari ni hehe.

Ni semua pendapat aku yang kurang ilmu ni je, kalau rasa nak dapat pengiktirafan yang sama kena kerja keras lagi la. tingkatkan mutu kerja, utama kan kualiti bukan kuantiti betul tak cakap aku. pastu niat tu kena betul la, kerja bukan sebab nak glamer semata-mata kualiti tu lagi penting baru la orang suka, jadi ramai la peminat, baru la ada peluang kan.

Dah cukup, segala yang baik dari Allah yang tak baik tu dari kelemahan diri aku. jadi kalau ada ayat-ayat yang menyakitkan hati, harap dimaafkan ye ^_^.



2 comments:

  1. peminat dah pandai memilih...dia memang layak menang sebab dia berbakat

    ReplyDelete
  2. puteri : betul tu..saya setuju :D

    ReplyDelete