Sunday, April 29, 2012

bersih sebersih-bersihnya.

Assalamualaikum warahmatullah.

salam hari minggu buat semua bloggers dan sesapa saja yang baca entri ni. semoga hari minggu anda berjalan lancar tanpa apa-apa kekurangan. minta maaf la sebab entri kali ni ada berbaur politik sikit -.-

28.4.2012..satu perhimpunan besar-besaran telah diadakan di kuala lumpur. perhimpunan apa tak payah aku cakap la kan sebab semua dah tahu. lagipun semua media dah siarkan berita tentang perhimpunan tu, macam-macam versi ada.

seramai lebih kurang 20000 manusia yang melibatkan diri, ramai yang mengeluh sebab aktiviti harian mereka terjejas, perjalanan mereka terbatas dek kerana terlalu ramai manusia yang berada di atas jalan raya. perhimpunan yang pada awalnya mendapat 'lampu hijau' dari pemerintah tapi sehari sebelum perhimpunan mahkamah mengeluarkan notis perintah mengatakan tapak perhimpunan yang dipersetujui pada awalnya tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai tapak perhimpunan.

apa semua tu? main wayang? atau sekadar bermanis mulut untuk menggambarkan 'kami berfikiran terbuka', dan dimasa yang sama mempergunakan sistem undang-undang sebagai alasan untuk menghalang? "oh bukan kami yang membuat keputusan, semua tu keputusan mahkamah".

semua kekecohan yang berlaku mungkin dapat dielakkan jika tapak yang dipersetujui pada awalnya dapat digunakan. jika tapak tersebut digunakan, peserta-peserta yang hadir pasti akan bertumpu pada tapak tersebut, maka kesesakan akan dapat dielakkan sebab hanya satu kawasan yang digunakan sebagai tapak perhimpunan. insyaAllah takkan ada peserta yang berkeliaran di merata-rata tempat. sebab dari apa yang aku dengar, itu janji setiap peserta kepada penganjur.

sudahnya lebih tiga ratus peserta ditangkap, ramai yang cedera malah dikhabarkan polis pun ada yang tercedera. media massa mengatakan berlaku huru-hara, tapi siapa yang memulakan huru-hara. adakah peserta menyerbu pihak berkuasa? atau pihak berkuasa yang memulakan semua tu menggunakan nama undang-undang? itu saja persoalan yang bermain dikepala aku sekarang sebab terlalu banyak versi maklumat yang dimomokkan oleh media massa.


adakah kedua-dua belah pihak bertindak 'profesional'?
anda fikir-fikirkanlah..


youtube 1
youtube 2

p/s : tak nak komen banyak nanti kena tangkap

4 comments:

  1. hurmm..simpati pada mangsa2 yang kne belasah..
    mnyayat hati jugak tgok semua video kt youtube..yg lagi sedih kalau org yg bwt provokasi..tak pasal2 org lain jd mangsa pukul.. :( wallahualam.

    ReplyDelete
  2. faizah husna : erm provokasi punca segala..itu pendapat saya :)

    ReplyDelete
  3. Kaishin : aku yakin provokasi! kami melihat apa yang ada depan mata kami.. kami bukan penganalisa politik, cuma menganalisa apa yang terjadi depan mata kami.. :D

    ReplyDelete
  4. black jeepsu : ko join juga ke bro..memang provokasi pun..bukti dah ada depan mata :D

    ReplyDelete