Saturday, April 21, 2012

aku tumbuk baru tau.

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

salam sabtu semua. huh hebat sangat ke aku ni nak main tumbuk-tumbuk ni? bagus sangat ke aku ni? hebat sangat ke aku ni? dah kuat sangat ke? gengster? ermm jawapannya memang tak la cuma itu la apa yang aku rasa sepanjang hari ni tapi semua tu setakat emosi dan tak melibatkan fizikal langsung.


hari aku bermula dengan agak serabut. pagi-pagi lagi dah kelam kabut sebab lewat pegi buka kedai di tambah lagi dengan pelanggan yang tak reti nak bezakan hari agaknya. dekat pukul 12 baru call bagitau suruh hantar barang, makin kelam kabut dibuatnya siot je apasal awal-awal tak nak bagi tau dah la jumaat masanya kan pendek sikit. terdetik juga rasa macam nak bagi penumbuk je tapi pelanggan sentiasa benar kan jadi jalan penyelesaiannya cuma satu, sabar je la walaupun yang serabutnya aku -.-

cuaca yang agak panas makin menyerabutkan hari aku, kurang selesa aku di buatnya sempat juga lah mengeluh tapi semua tu hak DIA kan jadi sebagai hamba aku kena redha dengan perkara yang berlaku kat atas muka bumi ni, lagi pun bukan ke Allah suka kan hambanya yang sabar so insyaAllah aku redha dengan semuanya. mudah-mudahan Allah akan permudahkan segala urusan aku kat atas muka bumi ni, semoga setiap perbuatan aku sentiasa di berkati dan tidak di murkai. amin

petang lepas asar hujan pulak turun. agak lebat siap dengan angin lagi tapi takde la sampai menerbangkan atap atau menumbangkan pokok tapi kalau atap yang tak berpaku tu terbang juga rasanya, sejuk pulak kali ni. hujan tu nikmat panas pun nikmat so alhamdulillah sebab aku masih berpeluang merasa semua nikmat tu.

jika difikirkan semula keadaan aku dah cukup baik jika nak dibandingkan dengan penduduk kat padang pasir sana. panas sepanjang tahun, nak tunggu hujan turun punya la seksa. ermm macam mana la diorang mengharungi semua tu ye, aku yang kadang-kadang je hari panas sikit dari biasa ni pun dah mengeluh kepanasan. astaghfirullahal'azim aku khilaf -.-

p/s : setiap perkara yang berlaku pasti ada sebabnya -.-

6 comments:

  1. setiap perkara yang berlaku pasti ada sebabnya :)

    ReplyDelete
  2. tolong jangan tumbuk puteri..hehehe...sabar jelah..semua tu ujian dariNYA :)

    ReplyDelete
  3. okey cerita yang menarik, salam sukses kkawan, terima kasih, ditunggu dan komentar juga oke

    ReplyDelete
  4. puteri kasih : eh mana boleh tumbuk puteri :)..insyaAllah sabar selagi boleh kan :D

    ReplyDelete
  5. penyuluh perikanan : oke bakal menyusul komentarnya :)

    ReplyDelete