Assalamualaikum warahmatullah..
Selamat petang semua..apa khabar semua?..erm kenapa gambar lembu?..hehe
okey la..tadi aku keluar kerayong sekejap, cari barang untuk kedai..pegi post office bayar bil-bil yang dah nak sampai due datenya hehe..ok lah tu intro je ^_^
Sekarang ni aku nak sentuh soal lembu tu pulak ye..aku ni duduk felda jadi kat felda ni boleh dikatakan separuh peneroka ada bela lembu..bagus la kan utk tambah ekonomi keluarga, persoalannya sekarang ni cara mereka bela lembu tu..tak berpagar, ancam keselamatan pemandu dan penumpang sebab diaekor main lintas jalan tak tengok kiri kanan..tadi pun kalau hilux tu tak perasan, dapat la aku tengok lembu naik hilux, jenuh la tuan lembu nak membayar kalau tuan hilux tuntut ganti rugi..baru tau langit tu tinggi ke rendah ^_^..
Dalam perjalanan pegi dan balik tadi, kalau tak silap aku ada dalam 4@5 kumpulan lembu yang "bersidai" kat tepi jalan..kalau jadi kemalangan ke, seksa la tuan kenderaan tu..badan sakit, kenderaan rosak, poket makin menipis dan yang paling takut NYAWA MELAYANG..innalillahiwainnailaihiraj'un, ada sesetengah kes la tapi selalunya nyawa lembu la yang melayang ~_~..tuan lembu?..hilang terus tak nampak batang hidung..tau pun takut ;)..
Itu belum kira lagi pasal lembu masuk kampung, masuk kebun orang, makan tanaman orang..kalau disembelih jadi tak berkat daging lembu tu dek kerana hari-hari kena sumpah dengan orang kampung..erm agaknya tu la sebabnya aku kurang makan daging kot ;)..
Wassalam..
p/s : lembu punya susu, sapi dapat nama ^_^
p/s : dah nak maghrib ni, jom kita ^_^
btol tu...mmg mmbahayakan org ramai...nk bela tu da bgus da tp biarlh dgn cara yg bertul...
ReplyDeletesaya setuju..
Deletekalau nak bela pun sediakan tempat,ni membahayakan org ramai..
ReplyDeletesetuju jugak..nak bela biar ada satu tpt khas baru tak ganggu org lain..;)
Delete