Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Wednesday, June 24, 2015

Politik tak sudah.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa itu politik? Menurut wikipedia,

Politik adalah seni dan ilmu untuk meraih kekuasaan secara perlembagaan mahupun tidak berperlembagaan. Disamping itu, politik juga dapat ditilik dari sudut pandangan berbeza, iaitu antara lain ; politik adalah usaha yang ditempuh warga negara untuk mewujudkan kebaikan bersama. (teori klasik Aristotle)

 Dari segi teori, politik memang mampu membawa kebaikan kepada sesuatu perkara. Cuma kebanyakan pemain politik sekarang hanya mempergunakan politik untuk kepentingan diri. Mungkin ada yang masih menggunakan politik untuk kebaikan sejagat namun, hanya segelintir yang masih berpegang kepada teori itu, dan mempraktikkannya. Kebanyakannya mempergunakan politik untuk membesarkan sanggul. Eh, membesarkan tembolok.

Dalam Islam juga ada politik. Contohnya Perjanjian Hudaibiyah. Orang Islam mendapat kesukaran untuk memasuki Kota Makkah. Nabi Muhammad SAW menggunakan pendekatan politik untuk mencari jalan penyelesaian. Melakukan rundingan dengan puak Musyrikin. Perjanjian termeterai dan hasilnya orang Islam dapat masuk ke Kota Makkah untuk mengerjakan haji. Hasilnya syiar Islam semakin berkembang. Hasilnya, kehidupan masyarakat aman dan damai. Hasilnya, Rasulallah dan negara Islam di Madinah mendapat pengiktirafan. Hasilnya, terbuka jalan untuk pembebasan Makkah dari puak Musyrikin Quraisy. Dan inilah contoh terbaik politik yang membawa kepada kebaikan sejagat.

Rasulallah menggunakan politik untuk menyebarkan dan memperkenalkan Islam. Tapi sekarang, ramai yang mempergunakan Islam untuk kepentingan politik. Dan akhirnya, Islam dipandang jijik kerana dibayangi politik yang kotor. Tak kiralah siapa. Hasilnya sudah jelas di mata.

Tapi apa yang berlaku akhir-akhir ini (mengikut pandangan aku), pemain politik sekarang langsung tidak memikirkan kebaikan sejagat. Hanya memikirkan kebaikan kerabat. Semua projek mahu di sebat. Supaya kekayaan semakin meningkat. Agar orang memandang dirinya hebat. Kebajikan sejagat? Hmm, gunalah tulang empat kerat. Tak mampu? Hiduplah merempat. Di bawah jejambat.

Masalah masyarakat di pandang enteng. Bermain politik lebih penting. Bila ditegur mulalah melenting. Kau siapa? Aku orang penting! Apa keputusan aku jangan kau berpaling. Ikut aku, jangan kau bising. Orang yang menegur, telinga berdesing. Rupa-rupanya tersilap buat keputusan penting. Poket orang berkeping-keping. Poket sendiri habuk pun tak ada, apatah lagi sekeping. Hati jadi runsing. Kepala jadi pusing. Badan pun dah jadi kurus kering. Sebab surat merah ada berkeping-keping. Nasiblah kau, jadi kambing goreng.


Hmm, dah lama aku tak bising. Maafkan jika ada yang berdesing. Salam ramadhan. O_o


Sunday, January 25, 2015

JANGAN LUPA "LIKE" TAU!!!

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

JANGAN LUPA KLIK "LIKE" TAU!!!!!

ini boleh mendatangkan kemarahan!!! T,T

Sila "LIKE" untuk terus membaca. Ini adalah pop-up yang paling aku menyampah bila buka page atau website. Selalunya pop-up ni keluar bila klik link yang ada dalam media sosial, macam muka buku. Kalau "like" yang di minta tu untuk page yang berfaedah takpe la juga. Ini kekadang tu bila dah "like" rupa-rupanya page ahli mesyuarat tingkap yang di "like". Kalau ada X di penjuru kanan pop-up tu memang aku klik X tu je. Tapi kalau takde X kat pop-up, aku klik X kat penjuru kanan "tab" je la. Minta maaf bebanyak la ye. Kalau kamu klik link blog ni dan ada keluar pop-up yang karut marut tu, jangan segan-segan untuk klik X ya. Biar la tak dapat trafik, daripada dapat sumpah seranah orang.

Sekian melaporkan.


p/s: tak boleh tidur. nak 'membaca', bila klik link ada pop-up. Terima kasih!

Monday, January 12, 2015

bash orang? best giler!

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.


pung pang pung pang, bla bla bla.....

Memang best giler kalau dapat bash orang kan? Seronoknya lain macam! Nak pula kalau bash di alam maya. Orang yang kena bash pula jelas mukanya. Orang tu nak balas balik tak boleh. Kalau depan-depan memang bertumbuk rasannya. Tapi dalam duk seronok bash orang tu,kena ingat juga ada makhluk lain yang tumpang seronok. Makhluk tu dah dapat lesen besar daripada Yang Maha Esa untuk memporak-perandakan nilai iman, nilai kemanusian yang ada dalam diri manusia. Makhluk tu dah dapat lesen besar untuk menarik dan menggoda manusia yang lemah untuk dijadikan teman di hari pembalasan nanti. Kamu nak jadi teman dia ke?

Pasal awek yang dipeluk, memeluk, dicium, mencium atau apa saja lah yang kamu nak cakap tu, memang dia dah buat silap. Silap sebab tak mampu kawal nafsu nak jumpa artis tu. Silap sebab tak cakap tak boleh masa artis tu nak peluk cium dia. Silap sebab tak tegas dengan pendirian iman dia. Tapi jika disebabkan bash yang dia kena tu dia semakin jauh dari jalan yang benar? Kamu la yang salah! Nak ke kamu, ke hulu ke hilir di padang mahsyar nanti, cari awek tu sebab nak minta maaf kat dia? Hmm...

Apa pun kita memang ada tanggungjawab untuk menyedarkan awek tu dari terus melakukan kesilapan. Cuma buat la dengan adab dan sabar, bukan menghukum. Ibarat titisan air yang menitis di atas bongkah batu yang keras. Lama-lama berlubang juga batu tu. Tapi mak bapa awek tu kena ingat la..

Riwayat Muslim

Cuma satu perkara yang kita kena ingat. Iman bukan warisan. Walaupun mak bapa dah bagi didikan agama yang sepatutnya, pilihan tetap terletak di tangan anak. Jadi kalau nak iman yang kuat, kita kena usaha sendiri. Berpandukan rujukan dan contoh idola terhebat kita, iaitu Al Quran, hadis dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

p/s: muhasabah diri.

-




Saturday, January 10, 2015

Nak tanya sikit boleh?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Ada kemusykilan sikit lah!.

Semenjak dua menjak ni orang ramai duk kecoh pasal harga barang yang tak juga turun walaupun harga minyak (yang selalu dijadikan alasan kenaikan harga) sudah diturunkan. Alasan yang diberikan selalunya "ini stok lama ma so kena ikut harga lama lah". Entahlah, apa lagi yang boleh dikatakan. Aku berniaga juga. Harga barang yang aku jual berpandukan harga yang aku beli. Jadi kalau harga yang aku dapat tu murah, maka murahlah harga jualan aku. Begitu juga sebaliknya. Tapi memang tak dapat dinafikan ada sesetengah peniaga yang jenis tembolok elastik. Makan banyak mana pun dia tetap rasa lapar. Nak juga makan lagi walaupun tau sudah melebihi had.

Apa yang aku nak tanya sekarang ni ialah, kenaikan tarif elektrik dan air dalam negara ni ada kaitan dengan harga minyak tak? Jika berpandukan apa yang aku baca di sini, kenaikan tarif elektrik ada kaitan dengan harga gas dan arang batu diperingkat antarabangsa. Jadi sekarang harga minyak dah turun, harga arang batu dah turun, tarif elektrik boleh diturunkan tak? Syarikat yang membekalkan tenaga elektrik ni pun berniagakan? Kesan kenaikan tarif elektrik ni memberi impak kepada seluruh masyarakatkan? Kes kenaikan harga barang hanya memberi kesan kepada sesetengah individu kerana tidak semua peniaga bersikap tamak dan menaikkan harga barang jualan sesuka hati. Jadi, fikirlah sendiri.

Hmm, itu saja pertanyaan aku. Sikit je kan? o_O

-



Saturday, January 3, 2015

Api atau lilin?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Hidup perlukan pengorbanan, ibarat lilin
yang membakar diri demi memberi
cahaya kepada insan lain.
 Api dan lilin. Dua benda yang amat diperlukan jika bekalan elektrik di rumah terputus. Lilin tanpa api, hanya sebatang lilin tanpa memberi apa-apa faedah. Api tanpa lilin? Hmm..mungkin masih ada gunanya kerana jika api bertemu dengan apa-apa objek selain air, ia tetap mampu memberi cahaya. Namun perlu berhati-hati jika berurusan dengan api. Ibarat kata orang, api ketika kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan.

Jika diberikan pilihan di antara api dan lilin, yang mana akan menjadi pilihan? Adakah lilin yang menjadi pilihan? Mengorbankan diri menjadi santapan api, demi memberi cahaya kepada insan lain? Besar pengorbanan tu. Sedangkan pengorbanan tu kadang-kadang hanya di pandang sepi oleh insan lain. Namun jika pengorbanan itu ikhlas dilakukan kerana Allah, tiada apa yang perlu dirisaukan. Biarlah pengorbanan di pandang sepi, kerana setiap perkara yang dilakukan demi redha dan rahmat-Nya, pasti ada ganjaran yang menanti.

Ada yang memilih api? Hmm..perlu di ingat, asal kejadian iblis ialah api. Allah menciptakan iblis daripada api. Iblis amat sombong kerana diciptakan daripada api. Iblis ingkar arahan Allah supaya sujud (hormat) kepada Nabi Adam kerana merasakan diri lebih mulia daripada Nabi Adam yang diciptakan daripada tanah. Api sifatnya adalah pemusnah. Membakar dan memusnahkan apa sahaja yang berada di laluannya. Api juga digunakan untuk 'membakar' hamba-hamba Allah yang mengingkari suruhan-Nya di akhirat kelak.

Ramai manusia yang hidupnya ibarat lilin. Mengorbankan diri demi memberi cahaya kepada insan lain. Jika tiada ikhlas dan kesabaran yang tinggi, dikhuatiri lilin bertukar menjadi api. Daripada menjadi korban bertukar menjadi pengorban. Mungkin setelah itu, merasa diri hebat kerana berhasil mengorbankan insan lain demi kepentingan diri. Tapi perlu di ingat, ketika itu bergembiralah si iblis kerana berjaya menambah teman untuk bersama-sama menjadi penghuni neraka. Iblis tidak rugi, bahkan manusia sendiri yang rugi. Biarlah hidup ibarat lilin, memberi cahaya dan kegembiraan kepada insan lain. Tidak mengapa jika pengorbanan tidak di hargai. Biarlah. Daripada menjadi api yang sifatnya memusnah. Banyak air mata yang mengalir hasil dari kerakusan api yang menghasilkan kemusnahan.

Namun memang tidak dapat dinafikan, api dan lilin tetap saling diperlukan. Di waktu malam, ketika langit gelap gelita tanpa cahaya bulan dan bintang, api dan lilin amat diperlukan untuk menghasilkan cahaya. Tanpa cahaya daripada hasil gabungan keduanya, agak sukar untuk melangkahkan kaki di dalam kegelapan. Namun tidak perlu mendabik dada, mendakwa yang mana lebih mulia. Kerana kedua-duanya mempunyai fungsinya yang tersendiri.

-

Benarkah kasih?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera.


tepuk dada tanya iman. 
Benarkah kasih? Benarkah sayang? Benarkah cinta? Apa bukti kasih? Apa bukti sayang? Apa bukti cinta? Jujur (الصدق). Amanah (الامانه). Menyampaikan (التبليغ). Tajam fikiran (الفطنة). Ini adalah empat sifat Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W. Adakah empat sifat ini ada dalam diri kita? Tidak mungkin akan sama seperti Baginda, tapi empat sifat tu memang perlu ada dalam diri kita kan?

Berlaku jujur dalam setiap perkara. Menggalas dan melaksanakan amanah yang di beri dengan penuh rasa tanggungjawab. Menyampaikan perkara yang baik sesama manusia. Menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Berfikiran tajam atau menggunakan akal yang dikurniakan oleh Allah dengan sebaik mungkin. Ke arah kebaikan semestinya. Mengharap redha dan rahmat Allah. Ini bukti kasih kepada Baginda Nabi. Ini bukti sayang kepada Baginda Nabi. Ini bukti cinta kepada Baginda Nabi.

Hidup kita berpaksikan ajaran yang disampaikan oleh Baginda Nabi, berpandukan wahyu daripada Allah (Al-Quran) yang disampaikan melalui perantaraan malaikat Jibril dan juga sunnah Nabi. Nabi menyuruh kita bersolat. Adakah kita melaksanakannya? Nabi melarang kita memakan riba. Adakah kita benar-benar melaksanakannya dalam kehidupan? Nabi menyuruh kita menutup aurat. Adakah kita benar-benar melaksanakannya? Nabi sentiasa berlaku adil dalam setiap perkara. Adakah kita benar-benar berlaku adil dalam setiap perkara? Banyak lagi perbuatan dan perkara yang Nabi lakukan, amalkan dan sepatutnya kita ikuti, tapi adakah kita ambil perhatian akan semuanya? Tepuk dada, tanyalah iman.

Persoalan yang aku sendiri perlu renungkan. Persoalan yang aku sendiri perlu fikirkan. Persoalan yang aku sendiri perlu serapkan dalam diri. Persoalan yang sepatutnya aku sendiri perlu amalkan dalam kehidupan. Semoga kita benar-benar menjadi umat Baginda Nabi. Semoga kita layak untuk mendapat syafaat daripada Baginda di hari pengadilan kelak. Kasih, sayang dan cinta jangan hanya di bibir. Ia perlu hadir dari hati. Maka ia akan mekar bersemi.

Renungkan bersama.

pic source
-

Friday, January 2, 2015

Pandang belakang.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Semoga dikurniakan kekuatan, kesungguhan, kesabaran dan
tetap terus istiqomah dalam segala urusan dunia juga akhirat.
Adakalanya kita perlu memandang ke belakang, kan? Mengenang apa yang telah terjadi sepanjang masa yang lalu. Bukan untuk bersedih tetapi untuk menjadi lebih baik di masa hadapan. Ambil yang jernih, buang yang keruh. Yang baik dijadikan pedoman, yang buruk dijadikan sempadan.

2014 sudah menjadi sejarah. Sejarah yang sepatutnya banyak mengajar kita untuk menjadi seorang manusia dan hamba yang sebenar-benarnya. Tapi itu semua hanya akan berlaku bagi manusia yang celik mata hatinya. Bagi yang rabun mata hatinya, perlu cepat-cepat buat pemeriksaan. Takut tengah berjalan terperosok ke dalam lubang yang dipenuhi bara api. Bukan hanya kamu, aku juga perlu.

Macam-macam hal yang berlaku sepanjang 2014. Yang berkaitan dengan diri aku? Hmm, rasanya tak ada beza macam tahun-tahun yang sudah. Cuma aku harap, setiap tahun, setiap bulan, setiap minggu, setiap hari, setiap jam, setiap minit dan setiap detik aku akan berubah ke arah menjadi insan yang lebih baik. Bukan yang sebaliknya. Doakan yang terbaik.

Perkara besar yang berlaku? Hmm, pesawat MAS MH370 hilang tanpa dapat di kesan sampai sekarang. Pelbagai teori tercipta. Hakikatnya hanya Dia Yang Maha Mengetahui. Ahli keluarga yang terlibat menunggu khabar berita tanpa jemu. Sudah berapa bulan? Kemudian pesawat MAS MH17 pula ditembak jatuh ketika melalui ruang udara Ukraine-Rusia. Hancur berkecai segalanya. Banyak nyawa yang melayang. Siasatan masih dijalankan untuk menentukan pihak mana yang bertanggungjawab ke atas insiden malang itu. Ahli keluarga yang terlibat terus menunggu sehingga keputusan muktamad dikeluarkan. Semoga pihak yang bertanggungjawab dapat diheret ke muka pengadilan.

Hampir dipenghujung tahun, banjir besar melanda pantai timur semenanjung. Dikhabarkan ia banjir terbesar dan terburuk yang pernah terjadi dalam sejarah. Benarkah? Kelantan, Terengganu dan Pahang, negeri yang wajib dilanda banjir setiap kali monsun timur laut melanda negara. Seolah-olah tiada perubahan. Malah jika di lihat angka mangsa yang terlibat, jumlahnya semakin besar. Hampir suku juta manusia terjejas kehidupannya. Hmm, peringatan daripada Allah kepada sekalian hamba-Nya. Jangan terlalu rakus mengejar dunia sehingga terlupa tanggungjawab sebenar sebagai seorang khalifah. Tapi tetap ada yang keras hatinya. Musibah melanda tapi hati tetap sama. Malah ada yang semakin keras hatinya, mempersoalkan kekuasaan Yang Maha Berkuasa. Na'uzubillah.

Panjang bicara, khuatir banyak pula silapnya. Selamat tinggal 2014. Selamat datang 2015. Semoga diberikan kekuatan, kesungguhan, kesabaran dan istiqomah dalam segala urusan. Dunia dan akhirat.

-


Sunday, December 28, 2014

Ujian datang lagi.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pesawat AirAsia QZ8501 dari Surabaya ke Singapura dilaporkan hilang!
Ya Allah! Satu lagi 'ujian' menimpa. Kali ni pesawat AirAsia pula dilaporkan hilang. Pesawat QZ8501 itu dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan Jakarta jam 7.24 pagi waktu tempatan.

"AirAsia Indonesia mengesahkan penerbangan QZ8501 dari Surabaya ke Singapura telah terputus hubungan dengan menara kawalan pada jam 0724 pagi ini" 

Pesawat dengan muatan 155 orang penumpang selain dua juruterbang dan empat krew itu dipercayai jatuh di perairan Tanjung Pandang dan Pontianak. Kali terakhir pesawat berhubung dengan menara kawalan ketika juruterbang meminta izin untuk mengubah sedikit haluan. Katanya kerana mahu mengelak awan tebal. Hmm, semoga semua usaha mencari dipermudahkan oleh-Nya.

Keadaan banjir yang melanda negara juga masih belum menunjukkan tanda-tanda mahu surutkan? Negeri Kelantan boleh dikatakan hampir semua jajahan di genangi air. Terengganu, masih banyak kawasan ditenggelami air. Pahang, air hulu sudah mula tendang ke hilir. Sekitar kawasan aku tinggal ni air sudah hampir melimpah ke jalan. Perlis? Kedah? Perak? Johor? Hmm, besar sungguh ujian tahun ni. Semoga semua orang tabah menghadapi ujian ini.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

#PrayForQZ8501
#PrayForPantaiTimur
#PrayForMalaysia

-




Wednesday, December 17, 2014

Hujan datang lagi!

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.


berdoalah! 
Hujan datang lagi! Pantai timur semenanjung Malaysia di landa hujan lagi dan ada sesetengah tempat sudah dinaiki air. Di Terengganu khabarnya sudah di landa gelombang banjir kedua. Hmm, kawasan kampung aku kena juga biasanya. Tapi bukan kawasan rumah tok aku la. Kawasan berdekatan je yang biasa naik air. Kawasan nak menghala ke rumah tok aku tu biasanya naik air.

Tempat aku tinggal ni dah dua hari hujan tak berhenti. Matahari pun tak berapa nak memunculkan diri. Jangan sampai sungai pahang, sungai semantan, sungai triang, sungai bera naik air secara mendadak sudah la. Terkepung lagi jawabnya nanti. Cukup la dah merasa dua minggu tak boleh kemana-mana. Cukuplah.

Hmm, tempat aku tinggal ni jika diikutkan akal fikiran manusia memang agak mustahil nak naik air sebab kawasan bukit tinggi. Ibarat kata, kalau tempat aku tinggal ni naik air, memang habis semua kawasan berhampiran ditenggelami air. Tapi bagi Tuhan Yang Maha Berkuasa, tak ada apa yang mustahil kan? Kun Fa Ya Kun.

Bila hujan turun, rutin harian ada sikit terganggu. Bukan terganggu sebab tak boleh buat kerja, tapi terganggu dengan sikap sendiri yang agak lemau bila cuaca sejuk. Jadi bukan salah hujan la bila rutin harian terganggu kan? Sendiri salah, sendiri tanggung. Jangan merungut.

Hujan tu rahmat kan? Cuba bayangkan jika hujan tak turun macam di gurun sahara tu. Boleh kamu bayangkan? Aku tak boleh nak bayangkan suasana tinggal di kawasan tanpa/kurang air macam di gurun sahara tu. Kalau kamu nak bayangkan, dipersilakan. Aku nak tidur. O_o

-

Wednesday, December 10, 2014

Malaysians most wanted?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.


hensemkah mereka? O_o 
Pandai buat pandailah tanggung! Itulah apa yang orang selalu sebut-sebutkan. Maknanya setiap apa perkara yang kita buat, adalah tanggungjawab kita. Setiap perbuatan kita akan ada balasannya. Jika buat perkara baik, insha Allah kebaikanlah yang akan kita dapat. Jika buat perkara jahat, tunggu sajalah balasannya.

Hmm.. what you give, you will get it back. Kamu buat onar? Jangan ingat kamu boleh terlepas. Jika semasa hidup kamu boleh elak daripada menerima balasan, tunggulah balasannya di padang mahsyar nanti. Setiap perbuatan kita semasa hidup ni ada nilainya. Hmm.. aku hairanlah!! Apa motif diorang buat onar di stadium tu? Takkanlah sebab kena 'bakar' sikit dah panas telinga, lepas tu buat hal. Sekarang sudah jadi orang yang dikehendaki pula. Berbaloi ke buat semua tu? Kalau kena dakwa dan disabitkan kesalahan, kan tak pasal-pasal ada rekod jenayah. Busuk nama sendiri. Hmm, tak berbaloi.


yang last tu ninja ke? O_o
Apa pula perasaan mak ayah di rumah bila tengok muka anak terpampang di media sebab jadi orang yang dikehendaki? Mesti malu, kan? Kena pula cerita ni sampai ke telinga ahli-ahli mesyuarat tingkap, kecoh sekampung la jawabnya. Mak ayah berjalan menunduk la jawabnya dek kerana menjadi bualan orang. Orang tengok bola, kamu nak tengok bola. Kamu kutuk orang, orang balas tapi kamu yang panas telinga. Pernah dengar ayat ni tapi tak ingat bila dan di mana.. "Bila ada perasaan marah ketika kamu sedang berdiri, maka duduklah. Bila ada perasaan marah ketika kamu sedang duduk, maka berbaringlah". Pendek kata, walau dalam apa keadaan sekalipun kesabaran tu mesti ada. Bila kita ikut nafsu, tak kira la nafsu jenis apa pun, maknanya iblis dah berjaya menghasut la tu. Suka sangat si iblis tu bila dapat menghasut hamba Allah ni, ada geng katanya.

Kbai. o_O

-

Tuesday, December 2, 2014

Disember sudah tiba.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera.


2014 sudah hampir tamat tempohnya.
Hai. Disember 2014 masihi sudah tiba. Maknanya tahun 2014 masihi bakal melabuhkan tirainya dalam tempoh 30 hari. Apa ada dengan Disember? Hmm, nak mohon "December, please be nice to me?" December always nice, you are the one who should be nice with December. Entah apa-apa. O_o

Jika di Malaysia, Disember sinonim dengan hujan dan banjir. Terutamanya di bahagian pantai timur semenanjung Malaysia. Monsun timur laut, kan? Di tempat aku, 1 Disember dimulakan dengan hujan dan suasana yang lembab sepanjang hari. Lembab tanah yang di pijak. Lembab udara yang di hirup. Lembab juga orang yang memijak tanah dan menghirup udara? Kebarangkaliannya besar sebab cuaca sejuk, mulut asyik menguap dan mata asyik nak pejam. O_o

Disember juga musim cuti sekolah di Malaysia. Bila musim cuti sekolah, ramailah adik-adik lelaki yang dikhatankan. Itu bagi adik-adik lelaki. Bagi abang-abang dan kakak-kakak, bila musim cuti sekolah kebanyakan mereka akan mengkhatamkan zaman bujang mereka. Dua hati bersatu, mengikat janji sehidup semati. Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Lebih bagus lagi jika keduanya dapat kekal bersama di dalam syurga Allah nanti.

Dan perkara paling penting yang berlaku di Malaysia pada Disember 2014. Bermula 1 Disember 2014, TIADA LAGI SUBSIDI MINYAK. Harga minyak di Malaysia akan ditentukan mengikut harga purata berdasarkan harga minyak di pasaran dunia. Dengan itu Malaysia sudah berjaya mengurangkan perbelanjaan sebanyak lebih kurang USD$14 ke 20 billion setahun untuk subsidi minyak. Harap duit tu tak dibazirkan begitu sahaja. Makanya jika harga minyak di Malaysia turun, berterima kasihlah kepada sesiapa yang mengawal harga minyak dunia. Dan jika harga minyak di Malaysia naik, jangan salahkan kerajaan tetapi salahkan sesiapa yang mengawal harga minyak dunia. Ingat anak-anak! O_o

Ada orang kata, "jangan tahu nak merungut saja. Harga turun kau bising, harga naik lagi kau bising. Apa yang kau nak sebenarnya?" Oh, satu lagi. Hujung bulan nanti ada perayaan hari natal untuk mereka yang beragama kristiankan? Jadi, selamat menyambut hari natal kepada kamu. Sekadar meraikan.

Apa-apa sajalah. O_o

.

Sunday, November 30, 2014

Old Town White Coffee.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera.


coffee is my favorite.
Old Town White Coffee. CPUV (cost per unique visit) terbaru yang melekat di blog ni. Masih dalam status "on going" dan aku harap biarlah dia melekat lama-lama. Alhamdulillah, rezeki Dia bagi melalui Nuffnang dan advertiser yang tertarik untuk memberi sedikit saguhati. Terima kasih diucapkan dan aku harap lepas ni akan ada lagi. o_O

Old Town White Coffee. Seingat aku baru sekali aku masuk untuk merasai sendiri keenakan kopi yang disediakan. Actually bukan kopi sahaja yang di jual, macam-macam ada. Pilih saja apa yang kamu mahu tapi kena ikut apa yang ada dalam menu sajalah. Aku masuk tu pun atas jemputan orang. Kalau nak harap kaki aku sendiri melangkah memang tak akan terjadi. Tapi kopi yang disediakan memang harum dan sedap, tak puas minum. Lainkali kalau ada orang nak belanja, aku akan pergi lagi. o_O

Old Town White Coffee. Aku pergi sebab ada kawan nak perkenalkan satu projek untuk buat duit. Lebih kurang MLM je projek tu. Pergi jumpa otai pasal projek tu. Penerangannya memang berjaya menarik minat aku tapi aku terpaksa tolak. Projek tu memerlukan komitmen yang tinggi dan juga sedikit modal untuk pelaburan. Modal boleh di cari tapi komitmen, agak sukar untuk di beri. Komitmen yang sedia ada pun adakalanya melemaskan, nak tambah komitmen lagi? Harus difikirkan baik dan buruk ke atas diri sendiri. Jika aku fikir komitmen tu hanya akan menyebabkan aku terjerat leher, selamat tinggal aku ucapkan. Insha Allah rezeki ada di mana-mana, cuma usaha perlu ada. No pain no gain, orang putih kata. Tapi kalau diri sendiri yang tempah masalah? Istighfar, senyum dan selesaikan masalah tu. Meratap lama-lama pun tak guna. Jika jatuh bangun semula. Jangan putus asa sebab Dia tak suka hamba-Nya putus asa.

Doa, usaha, inisiatif dan tawakal. Insha Allah.

-

Harimau tundukkan singa.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


harimau tunjuk taring?
Pertamanya, tahniah diucapkan kepada pasukan Harimau Malaya kerana berjaya menundukkan pasukan Singa dalam perlawanan tadi. Dengan hasil usaha pemain dan pasti kerana izin-Nya, akhirnya Harimau Malaya berjaya melaksanakan misi wajib menang tu.

Tahniah juga kepada pasukan Singa kerana kalau mengikut apa yang dikatakan oleh pengulas tadi, pasukan Singa lebih bermain secara berpasukan, lebih tersusun dan menarik berbanding pasukan Harimau Malaya. Aku pun suka tengok corak permainan pasukan Singa tadi. Cuma adat pertandingan pasti akan ada yang menang, ada yang tewas. Apa pun, salam 3-1 ya. o_O

Hasil hantaran daripada Amri Yahyah, Safee Sali berjaya menjaringkan gol pada minit ke-61. Kemudian Khairul Amri berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-83, hasil daripada sepakan percuma. Kemudian akibat daripada kekasaran terhadap Amri Yahyah di dalam kotak penalti, Harimau Malaya berjaya memperolehi sepakan penalti. Safiq Rahim berjaya melakukan tendangan menjadikan Harimau Malaya mendahului pada minit ke-93. Mungkin akibat tersilap percaturan, penjaga gawang pasukan Singa meninggalkan gawangnya dan sekaligus menyebabkan pasukan Harimau Malaya berjaya menghasilkan jaringan mudah pada minit ke-94. Jaringan yang dilakukan oleh Indraputra tu menjadikan mata akhir perlawanan menjadi 3-1 sekaligus memastikan pasukan Harimau Malaya layak untuk bermain di peringkat separuh akhir.

Perlawanan separuh akhir pertama di antara Harimau Malaya dan Vietnam, akan berlangsung pada 7 Disember 2014 di Stadium Bukit Jalil. Harap Harimau Malaya dapat menang dengan jaringan yang banyak untuk dijadikan bekalan pada perlawanan timbal balik di Vietnam nanti. Dan semestinya untuk memastikan tiket perlawanan akhir berada dalam genggaman. Skill individu tu memang bagus tapi kalau dapat guna skill berpasukan lebih bagus. Lebih terjamin walaupun tiada jaminan. Harap sejarah 2010 akan berulang kembali. Selamat berjuang.

p/s: apa-apa saja lah!
-

Saturday, November 29, 2014

misi wajib menang!

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

am really hope that dream will come true.
Hari ini misi wajib menang bagi pasukan Harimau Malaya akan berlangsung. Misi memburu kemenangan bagi memastikan pasukan Harimau Malaya layak untuk bermain di peringkat separuh akhir dan seterusnya ke peringkat akhir Piala AFF Suzuki 2014. Tidak boleh seri dan pastinya tidak boleh tewas. Wajib menang tapi jika tewas tidaklah berdosa. o_O

Tiada salahnya untuk berharap, kan? Dan aku pasti ramai yang mengharapkan kemenangan berpihak kepada pasukan Harimau Malaya. Hanya kemenangan yang perlu di cari dan jika mengikut rekod pertemuan di antara Harimau Malaya dan Singapura, kelebihan memihak kepada pasukan Harimau Malaya. Tapi semua itu hanya rekod dan kenyataannya hanya akan dapat diketahui dalam perlawanan hari ini. Menang atau kalah, kita tunggu keputusan di akhir perlawanan nanti.

Aku rasa kalau Harimau Malaya main macam semi final Piala Malaysia antara Pahang dan Kedah hari tu, kemungkinan untuk menang ada. Sepuluh orang menyerang dan sepuluh orang bertahan. Penjaga gol hanya menumpukan perhatian kepada gawang. Pemain ke-12 bersorak untuk menaikkan semangat sebelas orang pemain yang berada di tengah padang. Bola sepak sukan berpasukan, kan? Jadi renung-renungkanlah ayat ni, "I hate to speak about individuals. Players don't win you trophies, teams win trophies, squads win trophies. - Jose Mourinho."  Cakap banyak pun tak guna. Kita tunggu dan lihat saja hasilnya nanti. Selamat berjuang buat Harimau Malaya. Semoga sejarah 2010 akan berulang kembali.

"Football is a game about feelings and intelligence. - Jose Mourinho."

-

Friday, November 28, 2014

Berpakaian tapi telanjang.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

berpakaian tapi telanjang.
Hai! hadis dalam gambar tu aku dapat dari laman twitter petang tadi. Sahihkah? Da'ifkah? Jika da'if, ia tidak boleh digunakan untuk berhujah tetapi masih boleh digunakan sebagai panduan, kan? Jadi jika ada sesiapa yang mempunyai sumber rujukan, sila beritahu ya. Thank you in advance.

Semua manusia memerlukan pakaian, kan? Untuk menutup bahagian badan tertentu dari di pandang oleh manusia yang tidak sepatutnya. Bayi yang baru lahir pun akan dibalutkan dengan kain selepas selamat keluar daripada rahim si ibu. Apatah lagi yang sudah besar panjang. Masih adakah manusia yang sudah besar panjang tapi masih tidak berpakaian? Hmm.. orang yang kurang waras pun masih berpakaian lengkap, kan? Cuma mungkin pakaian yang di pakai tidaklah seperti pakaian manusia yang masih waras. Tetapi manusia yang masih waras, berpakaian seperti tidak berpakaian memang banyak. Buntang mata si mata keranjang memandangnya. Bukan mahu mendiskriminasikan golongan wanita tapi mungkin kerana seluruh badan wanita kecuali muka dan tapak tangan adalah aurat, maka ramai ahli-ahli agama membicarakan soal berpakaian tapi telanjang dan disinonimkan dengan wanita. Dalam kisah Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad juga ada diceritakan tentang gambaran wanita yang menerima azab di neraka dengan di gantung rambutnya dan di potong payudaranya, kan? Semua seksaan itu berlaku kerana semasa hidupnya, mereka tidak menutup aurat dengan sempurna, kan? Hmm.. jika aku silap, mohon diperbetulkan.

sebelum langsing, longgar. selepas langsing, agak ketat.
Ada satu persoalan yang sedang bermain dibenak fikiranku. Kenapa semasa bentuk badan agak montel, mereka boleh menyarungkan pakaian-pakaian yang longgar? Pakaian yang tidak menampakkan bentuk badan, tidak menampakkan bonjolan yang sepatutnya hanya dapat dipandang oleh suami mereka. Selesa mata mereka yang memandang keindahan ciptaan tuhan. Tetapi selepas mereka berjaya melangsingkan badan, memperolehi bentuk badan yang diidam-idamkan, mereka mula mengenakan pakaian-pakaian yang agak ketat. Menampakkan bentuk badan, menampakkan lekuk dan bonjolan yang sepatutnya hanya dapat di lihat oleh suami mereka kepada sesiapa sahaja. Seronok si mata keranjang apabila dapat memandang 'keindahan' ciptaan tuhan. Malu jika orang melihat badan yang menggeleber tetapi tidak malu apabila orang dapat melihat bonjolan yang membusung dan lenggokan yang menggetar nafsu? Adakah menutup aurat itu hukumnya harus? Tidak wajib? Dilakukan boleh, tidak mengapa jika tidak dilakukan? Hmm.. soalan itu biar kamu sendiri yang fikirkan jawapannya. Aku tidak akan mengadili mereka dengan mengatakan mereka-mereka itu akan ke syurga atau ke neraka. Itu urusan Yang Maha Berkuasa dan Yang Maha Adil untuk menentukan hala tuju mereka di akhirat nanti. Mungkin aku sendiri merupakan ahli neraka. Siapa tahu? Na'uzubillahiminzalik. Maaf jika ada terkasar bahasa, tersinggung perasaan.

Sekali terpandang tetapi dengan segera mengalihkan pandangan, masih boleh dimaafkan. Sekali terpandang dan terus memandang disertakan pula dengan nafsu, mungkin akan terbuka jalan menuju kepada zina. Jika kamu sendiri yang menghidangkan permandangan, tidakkah kamu boleh dianggap sebagai penyebab berlakunya zina? Salah yang memandang kerana tidak mampu mengawal pandangan tetapi dengan permandangan yang dihidangkan oleh kamu menjadi penyebab iblis berjaya mengetuk pintu nafsu untuk mengekalkan pandangan yang memandang ditumpukan kepada permandangan yang dihidangkan. Semua itu fitnah dunia.

Jangan hanya sekadar membalut aurat tetapi tutuplah aurat mengikut apa yang telah disyariatkan. Lelaki juga perlu ingat. Aurat lelaki dari atas pusat hingga ke bawah lutut. Tetapi itu tidak bermaksud dengan sewenang-wenangnya kamu boleh tidak memakai baju. Bangga dapat menayang dada yang berbulu? Ia tidak salah, cuma kurang sopan.

p/s: dari mata turun ke hati dan jika baik hatinya, dengan izin-Nya semua akan selamat. o_O

-

Friday, November 14, 2014

Nombor telefon pelacur?

Bismillahirrahmanirrahim. 
 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hmm, sejak bila aku ada simpan dan menjadi penyebar nombor telefon pelacur? Sejak bila aku jadi bapak ayam ni? Ada sesiapa yang boleh beritahu? Aku tak tahu langsung ni! o_O



Pelik bin ajaib bila log in nuffnang untuk tengok trafik dan sebagainya dan tertengok list keyword untuk minggu ni. Tersengih macam kerang busuk bila tengok keyword 'nombor telefon pelacur' tu. Haish, senang sangat orang nak buat maksiat sekarang ni kan. Google kan saja, segala informasi di hujung jari anda. Hellokan saja, ayam pun sampai. Hmm, jangan sampai Allah turunkan bala ya! Bukan kamu seorang saja yang akan kena nanti! o_O

Lagi satu, rumah merah pak long burung tu apa? Hmm, apa pun tak boleh. o_O

Friday, November 7, 2014

Seronok membuli?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

gambar hiasan

Buli bermaksud mempermain-mainkan orang, biasanya orang yang lemah dengan tujuan untuk menggertak, mencederakan, menakutkan orang yang berkenaan. Itu definisi membuli mengikut apa yang diberitahu oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Seronokkah membuli? Terasa diri hebat apabila dapat menindas orang lain? Apa rasa jika kamu pula yang dibuli? Hmm..Kamu jawab sendiri ya. o_O

Kamu pernah dibuli? Atau kamu pernah membuli? Aku, rasanya dua-dua aku pernah. Tapi membuli zaman aku sekolah dulu bukan macam sekarang. Zaman aku dulu, paling teruk pun kena tiup lampu kalimantang sampai padam je. Kalau setakat merangkak bawah katil macam latihan askar merangkak bawah kawat tu, biasa. Zaman aku dulu, membuli bukan untuk menindas tapi untuk mengajar junior-junior untuk faham erti susah senang apabila hidup sendiri. Paling lama pun dua atau tiga hari saja. Lepas tu senior dengan junior boleh jadi kawan, saling hormat-menghormati. Cuma bila bab senior 'minta tolong' junior buat sesuatu tu adatlah, kan? Lelaki? Permpuan? Sama saja. Jangan nak nafilah! o_O

Membuli zaman sekarang ni ekstrim sangatlah! Bila tengok video-video yang tersebar tu, rasa nak cepuk je mangkuk yang buat onar tu. Dah macam nak membunuh! Sesuai rasanya diorang ni di hantar ke Gaza, jaga Masjid Al-Aqsa tu, pergi bertumbuk dengan askar zionis tu. Kalau macam itu gaya 'membuli', apa perasaan yang akan timbul di antara junior dan senior? Hormat atau benci? Apa junior tu suci sangat ke? Dia tak ada kawan-kawan? Maksud aku di luar asrama? Dalam asrama mungkin senior 'berkuasa' tapi di luar tak ada istilah senior atau junior. Mungkin junior tu tak akan 'kotorkan' tangan dia dengan melakukan perkara yang sama tapi kawan-kawan dia? Aku rasa mungkin berlipat-kali ganda senior tu kena.

Kamu mahu orang 'hormat' tapi kamu tak nak 'hormat' orang. Mana boleh itu macam! Sama juga la antara orang tua dengan orang muda, cikgu dengan pelajar, bos dengan pekerja, pemimpin dengan rakyat. Kalau rasa mahu diri dihormati, hormati orang lain terlebih dahulu. Lu pijak wa lanyak. Amacam? o_O


p/s: ada, bagi, dapat.


Tuesday, November 4, 2014

Sudah aku jangka.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Naik satu ringgit, turun semula satu ringgit, lepas tu naik semula satu ringgit lima puluh sen. Hmm..Memang sudah aku jangka harganya akan naik semula. Tak pelik langsung. Sebelum belanjawan dibentang hari tu dah naik satu ringgit. Lepas seminggu kalau tak silap diturunkan semula satu ringgit. Siap ada yang update status "alhamdulillah" lagi bila diturunkan semula satu ringgit tu. Sekarang? o_O

Kalau ikut apa yang tertulis dalam notis tu, 5 November 2014 bermulalah harga baru. Siap ada tambahan lima posen lagi! Kah! Kah! Kah! amek kau! o_O


p/s: bila lagi?

Sabar.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Sabar. Mudah untuk dijadikan ungkapan tetapi agak sukar untuk dijadikan kenyataan. Hmm..agak sukar tapi semua tu bukan mustahil untuk dijadikan amalan, kan? Jika ditimpa musibah, sabar. Ucapkan "Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Roji'un" (dari Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali). Atau maksud lainnya (bagi aku) musibah itu datangnya dari Dia jadi kita perlulah memohon bantuan dan berserah kepada Dia kan? Untuk meringankan, memimpin tangan, menunjuk jalan bagaimana untuk menghadapi musibah yang di beri kepada kita tu.

Musibah. Hmm..bunyi macam berat je. Macam satu bebanan pula bunyinya. Sebenarnya semua tu peringatan dari Yang Maha Mengetahui. Dia tahu kita sebagai manusia senang sangat termelencong dan tersasar daripada 'jalan yang sepatutnya'. Jadi Dia bagi la sedikit peringatan supaya kita tersedar dan kembali kepada jalan yang sepatutnya, kan. Almaklumlah, sejak diusir keluar daripada syurga sebab tak mahu sujud (hormat) kepada Nabi Adam, iblis dah berjanji akan menyesatkan manusia daripada jalan yang sepatutnya, sampai hari kiamat. Na'uzubillahi min zalik, minta dijauhkan. Hmm..kadang-kadang musibah tu datang sebab nak menguji tahap keimanan kita je. Jadi, sabar ya. Jalan menuju ke syurga memang agak mencabar tapi hasilnya nanti amat...tak dapat dibayangkan dek akal manusia.

Sabar itu sebahagian daripada iman. Maknanya apa? Kurang sabar maknanya kurang iman ke? Mungkin, sebab bila kurang sabar maknanya iblis dah berjaya memujuk nafsu supaya melakukan perkara yang tak sepatutnya. Hmm...teringat pula kisah sendiri bila bercakap tentang sabar ni. Dek kerana kurang sabar menunggu giliran, secara tak langsung aku dah menyusahkan orang lain. Walau apa alasan yang aku bagi (kepada diri sendiri), hakikatnya aku hanya menipu diri sendiri. Aku dah menyusahkan orang lain. Silap-silap sikap kurang sabar tu boleh memakan diri sendiri. Hmm...sabar tak ada had. Sabar tu iman.

Senyum. ^_^


p/s : dah lama terabai, harap ada lagi yang sudi baca. o_O

Thursday, July 3, 2014

Selamat kembali!

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam Ramadhan semua. Hari ni semua orang sibuk bercerita tentang pengislaman saudari Felixia Yeap. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana semakin bertambah saudara seislam kita. Setelah sekian lama 'mencari' akhirnya beliau berjaya kembali ke jalan yang di redhai Allah. Aku tak berapa mengenali beliau, secara profesional atau pun secara personal. Aku hanya mengetahui kisah beliau melalui status di media sosial, blog dan akhbar. Jadi aku memang tak ada hak untuk berbicara lanjut tentang beliau.

gambar pinjam tapi nak buat harta :P

Cuma kisah perjalanan ke arah pengislaman beliau yang berlegar di setiap corong telinga masyarakat ni agak menarik perhatian. Daripada seorang model yang agak 'terbuka' segala-galanya kepada seorang insan yang bertutup-litup, berubah segala-galanya. Itulah salah satu tanda kekuasaan Allah. Hanya Dia yang mampu membolak-balikkan hati setiap hamba-Nya. Jika Dia mahu, tiada yang mustahil, pasti akan terjadi.

Actually jika di renung tentang kisah perjalanan ke arah pengislaman beliau, kita boleh merungkai apa yang berada di dalam hati setiap insan yang secara zahirnya beragama islam. Tak perlu dicoretkan setiap perincian kerana aku pasti kamu semua dah tahu apa kisahnya. Islam secara keturunan tidak semestinya islam sebenar-benarnya. Kerana apa yang paling penting di sisi Allah adalah amalan. Di hadapan pintu syurga dan neraka nanti malaikat tak minta kad pengenalan. Jadi jangan nak bongkak kerana di lahirkan sebagai islam. Perkataan islam pada kad pengenalan tu tak dapat menjamin kita akan masuk syurga. Tidak juga bermakna kita tak layak untuk menjadi ahli neraka.

Semoga pengislaman beliau dapat membuka pintu hati kita untuk lebih mendekati Allah Yang Maha Esa. Bukan hanya sekadar kata-kata tetapi penghayatan dan amalan perlu turut serta. Kamu boleh baca coretan Felixia Yeap di sini.


p/s : selamat kembali