Wednesday, June 25, 2014

Apa nak di kata!

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berat mata memandang,, berat lagi bahu yang memikul. Itu apa yang aku mampu katakan pasal kes adik Firdaus yang kecoh satu negara tu. Adik Firdaus dah dapat penjagaan rapi dari pihak hospital. Alhamdulillah, nampaknya dah semakin terurus, tidak lagi diabaikan. Mudah-mudahan hidupnya akan lebih terurus selepas ni. Emaknya dah ditahan pihak berkuasa untuk diambil keterangan. Entah apa tindakan yang akan dikenakan kepada beliau. Kalau berlaku di negara luar macam Sweden tu rasanya berat hukumannya. Kalau rotan anak pun dah kena hukum apatah lagi kes adik Firdaus ni. Di laman sosial berlori-lori maki hamun yang dilemparkan kepada emaknya. Apa lagi yang aku boleh katakan? 



Bagi aku emaknya memang salah sebab sebab abaikan kebajikan anaknya sendiri. Walaupun si anak tu OKU, tak bermakna dia layak diperlakukan sebegitu rupa. Rasanya tiada siapa yang layak diperlakukan sebegitu rupa. Jiran sebelah rumah aku pun ada anak OKU tapi takde la pula dia diabaikan. Sihat fizikalnya, makan pakai pun cukup. Rasanya jika nak dibandingkan pendapatan, banyak si emak adik Firdaus lagi. Mengikut laporan akhbar, adik Firdaus tidak di dera secara fizikal sebab tak ada kesan calar balar atau apa saja kesan di badannya. Tapi bagi aku adik Firdaus tu tetap tergolong dalam kategori mangsa dera, secara mental maksud aku. 

Diabaikan sampai macam tu sekali. Sekali tengok macam mangsa kebuluran di Afrika. Takde perasaan sayang ke emaknya tu? Sembilan bulan bawa perut, bertarung nyawa pula masa nak melahirkan, lepas tu? Buang macam tu saja? Berbaloi ke buat macam tu? Kalau iya pun kekurangan masa untuk menjaga, rasanya orang-orang di kawasan tempat tinggal dia tu boleh je membantu kalau sekadar nak tengok-tengokkan. Kalau tak silap, aku pun pernah duduk menyewa dikawasan tu. Setahu aku masyarakat di situ ambil berat pasal jiran tetangga. Kalau tidak takkan la bila kawan-kawan datang lepak sampai penuh rumah bujang, tak sampai satu jam sampai la polis peronda datang tanya khabar. Baguskan masyarakat di situ! o_O

Aku tertarik dengan statement yang Dr Mazlee buat baru-baru ni. Pasal duit zakat. Duit zakat berjuta tapi kenapa tak boleh bantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan? Adik Firdaus ni tak termasuk dalam golongan asnaf ke? Actually apa kriteria asnaf ya? Ada sesiapa yang boleh bagi pencerahan? Pernah baca bahawa hasil kutipan zakat seluruh negara Islam lebih kurang USD 400 billion dan jika diuruskan sebaik mungkin bukan sahaja mampu membasmi golongan susah di negara Islam malah di seluruh dunia! 

Wallahua'lam.



*Jika 'ia' baik maka baiklah keseluruhannya, jika 'ia' buruk maka buruklah keseluruhannya. Dan 'ia' itu adalah hati.

Nak puasa dah!

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Insha Allah, beberapa hari lagi kita akan mula menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Jika diikutkan apa yang telah di tulis di kalendar, kita akan mula menjalani ibadah puasa tanggal 29 Jun 2014. Masih ingat niatnya? Kalau dah lupa, kena mula belek kitab atau google saja untuk rujukan. Banyak status, page atau blog yang kongsikan perkara-perkara yang berkaitan Ramadhan ni. Tiga puluh (30) hari saja, takkan tak boleh kan? Tapi jika mahu lebih baik tambah pula puasa enam (6) hari dalam bulan Syawal. Banyak pahala buat bekal di sana nanti.


Setiapkali Ramadhan tiba, peniaga bazarlah yang paling sibukkan? Nak selesaikan urusan tapak untuk berniaga. Menu apa yang hendak di jual. Buat para pembeli pula rasanya dah ada yang mula pasang angan-angan nak makan itu dan ini kan? Biasanya apa menu utama yang kamu hadap untuk berbuka? Murtabak? Ayam golek? Air tebu? Air teh bunga? Atau semua menu kamu bedal? Almaklumlah, biasanya menu untuk berbuka ni dibeli mengikut selera berpandukan nafsu. Penuh menu atas meja dibuatnya. Makannya sedikit buangnya lebih. Membazir! o_O

Setiapkali Ramadhan, kita disyorkan untuk meningkatkan amalan tapi tak perlulah sampai menjejaskan mutu pekerjaankan? Kita bekerja mencari rezeki tu pun dikira sebagai ibadahkan? Rasanya semasa bulan Ramadhan ni lah kita boleh lebih fokus buat kerja. Tak perlu fikir tengah hari nak makan di mana. Rehat tengah hari, selesai solat zohor boleh sambung pula baca Al-Quran. Bagi yang perempuan, buat ketupat palas untuk makan di pagi raya nanti cukuplah. Tak perlu tambah "menu" ketupat daging busuk masa rehat ya! o_O 

Kadang-kadang bulan puasa ni lagi banyak habis duitkan? Sebabnya? Beli juadah berbuka ikut nafsu. Beli lima makannya satu. Menu berbuka puasa standard v.i.p. Berbuka di restoran high class. Setahun sekalilah katakan. Tak salah tapi ukur baju dibadan sendirilah. Baju raya tu janganlah buat sampai penuh almari ya. Kata nak jimat! o_O




*makin kurang jemaah solat sunat terawih tahun ni.


Thursday, June 19, 2014

Dah nak rabun agaknya.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sakit kepala lagi. Basahkan kepala kemudian telan pula dua biji panadol dengan harapan mampu meredakan denyutan di kepala. Tapi harapan tinggal harapan Denyutan di kepala tetap sama saja rentaknya. Malah aku rasa rentak denyutannya makin kuat pula. Apa masalah aku ni? Astaghfirullahal'azim.

Sambil duduk depan lappy, urut pangkal hidung diantara dua biji mata tu. Kemudian urut pula atas dua kelopak mata tu dan alhamdulillah rasa rentak denyutan tu makin berkurangan. Hurm, nampak gayanya denyutan di kepala tu berpunca daripada mata aku la agaknya. Dah nak rabun agaknya. 

Mata aku dah mula menerima kesan daripada tabiat aku yang suka menghadap lappy hari-hari agaknya. Sekali menghadap berjam-jam. Kadang-kadang sampai lebih limit tiga jam yang disyorkan tu. Apa yang aku buat depan lappy ni lama-lama ya? Blogwalking? Hurm, main game je yang lebih rasanya. Kalau blogwalking pun jadi silent reader je. Klik tajuk baca dua tiga perenggan. Kalau menarik teruskan bacaan. Kalau melalut macam apa yang aku selalu buat...adios. Post aku la selalunya yang melalut meraban tu. Ok, takde kena mengena dengan tajuk dah nak rabun agaknya tu. o_O

Hurm, patut la aku selalu je tersalah baca papan tanda. Anak panak tunjuk kanan, aku pergi kiri. Sudahnya kenyang makan buah langsat, tak sampai-sampai tempat yang nak di tuju. Dah nak rabun rupanya. Nampak gayanya aku kena peruntukkan masa untuk pergi check mata. Bila nak pergi ya? Esok? Lusa? Tulat? Bila-bila je lah..kan? Banyak songeh pula. 

Okay selesai melalut.

Tuesday, June 3, 2014

Halalkah? Was-was ah!

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.




Krik! Krik! Krik! Halal ke haram? Sebab was-was samada halal atau haram maka dia jadi halam? Mula-mula cakap haram sebab ada porcine katanya. Lepas tu halal pula sebab katanya hasil ujian tak ada porcine. Entahlah, seolah-olah jadi mainan pula soal halal haram ni. Seolah-olah jadi salah satu bentuk promosi pun ada rasanya. Mula-mula kecoh kata ada jumpa porcine. Satu negara kecoh dan mulalah keluar macam-macam statement. Ergh! Ada yang persoal kredibiliti pihak yang bertanggungjawab menjaga soal halal haram. Ada yang kata nak minum air tanah pula sebab dah termakan babi (yang dalam i.c tulis islam). Yelah dah terkena najis berat kenalah samak, kan? o_O

Ada pula yang guna ayat power dalam usaha nak menggambarkan diri tu dah tak suci sebab dah termakan porcine a.k.a babi tu. Konon-kononnya nak tukar darah bagai. Huh! janganlah melampau sangat bai. Rasanya tak pernah lagi aku jumpa ajaran dan amalan Islam yang menyusahkan hidup orang. Orang Islam yang menyusahkan Islam banyak. Orang Islam yang katanya; "jangan hipokritlah nak pakai tudung bagai, awak tu hati setan!". Orang islam yang berkata; "Jangan nak kerek la kau sembahyang tunggang tonggek lima kali sehari semalam tu, belum tentu masuk syurga pun". Orang islam yang berkata; "Itu hak I la nak pakai seksi ke tak. Badan I". Orang islam yang berkata; "Hurm belum sampai seru lagi lah nak tutup aurat".

Bernanah tak telinga bila dengar ayat-ayat macam tu? Hurm sabar je lah. Samada orang tu hati setan sekalipun, itu antara dia dengan tuhan yang penting dia berusaha untuk tutup aurat. Solat lima kali sehari semalam memng belum tentu masuk syurga tapi orang yang tak solat dah disediakan tempat khas di hari kiamat nanti.  Badan kita, dari hujung rambut sampai hujung kaki semuanya hak Allah. Kita hanya pinjam sementara hidup di atas muka bumi ni. Sampai masanya kena pulangkan semula. Kita dah di seru untuk mengikut perintah-Nya sejak belum keluar melihat dunia. Bila dapat keluar melihat dunia, ada diantara kita lupa kepada seruan untuk mengikut segala perintah-Nya dan meniggalkan segala larangan-Nya. Semoga Dia akan memberi hidayah kepada sesiapa saja yang selalu cakap macam tu. Kalau aku sendiri sekalipun, semoga Dia memberi hidayah kepada aku.

Pasal halal haram produk yang dah disahkan 'bersih' oleh pihak berwajib tu, terpulanglah kepada kamu nak buat keputusan samada nak kembali melantak produk tu atau tak. Aku memang tak berapa gemar produk tu jadinya aku tak pernah melantak produk tu. Cuma satu aku nak pesan. Kalau ada rasa was-was terhadap status kehalalan produk tu, baik jauhkan ia dari menu santapan kamu. Bukan nak menghalang kamu melantak produk tu tapi menjauhi perkara yang syubhah itu lebih baik. Bila ada perasaan was-was tu bermakna setan sedang berusaha untuk main tarik tali dengan kamu.

Soal kredibiliti pihak yang berwajib tu pula. Pernah terbaca satu statement, katanya "ada pihak akan menutup mata soal status halal haram produk tu sebab nak menjaga kepentingan pihak-pihak tertentu". Hurm, samada benar atau tak statement tu aku tak tahu. Jika benar statement tu, maka bersiap sedialah pihak menutup mata soal halal haram semata-mata hendak menjaga kepentingan orang tu menanggung dosa orang-orang yang melantak produk tu. Harapnya tak betullah statement tu ya! Larat ke nak menanggung dosa orang lain sedangkan dosa sendiri pun tak tertanggung? 

Wallahu a'lam.

p/s..*banyak songeh bila mata degil tak mahu tido! o_O