Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hai! Masih panas lagi isu si penyampai program ilmuan itu ya? Geleng kepala sahaja yang aku mampu. Untuk mencelah memang tidak akan belaku kerana siapa aku untuk menentukan siapa silap, siapa salah. Aku tak berani macam dua hamba Allah tu, terang-terang menegur 'kesilapan' si penyampai program ilmuan tersebut. Malah jika benar ada berlaku kesilapan, perlukah di war-warkan keseluruh pelusuk alam? Bukankah menegur 'kesilapan' orang juga ada adabnya? Mustahil mereka tak tahu. Hurm, mustahil!
Actually aku kerap melihat salah seorang daripada hamba Allah tu bertikam lidah di laman sosial, mengkritik orang yang pada dia telah melakukan kesilapan yang amat besar. Seolah-olah setiap masa, setiap detik, kerjanya hanya mencari kesilapan orang lain. Apa tujuan dia melakukan perkara seperti itu? Adakah dia memperolehi keseronokan dengan melakukan perkara seperti itu? Hurm, satu teka-teki yang jawapannya hanya ada pada Yang Maha Mengetahui dan yang empunya diri.
Aku tidak mengatakan si penyampai program ilmuan itu silap. Aku juga tidak mengatakan dua hamba Allah yang memulakan isu itu salah. Kerana aku tidak tahu siapa yang silap, siapa yang salah. Seperti yang telah aku katakan, aku bukan ahlinya untuk menentukan orang ini salah, orang ini silap. Aku hanya manusia biasa, akan di adili di hari pengadilan kelak, sama seperti kalian semua. Dia Yang Maha Mengetahui. Dia Yang Maha Melihat. Dia Yang Maha Adil. Jadi, apa juga tujuan sebenar isu ini di war-warkan, Dia Maha Mengetahui. Siapa silap, siapa salah, kebenaran akan muncul juga akhirnya.
Wallahu a'lam.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Takut bermaksud tidak berani menghadapi sesuatu yang pada perasaannya akan membahayakan diri atau berasa bimbang atau ragu-ragu, gelisah, khuatir. Itulah definisi takut berdasarkan apa yang di tulis di sini. Aku biasa dengar orang cakap, orang buat salah sahaja yang akan ada perasaan takut akan sesuatu. Ada juga dengar pasal orang takut kepada hantu dan macam-macam jenis takut lagi.
Actually aku rasa takut dengan apa yang akan keluar dari mulut aku sendiri. Pernah dengar orang kata, lidah walaupun ia tidak bertulang namun ia lebih bahaya daripada pedang. Na'uzubillahiminzalik. Minta dijauhkan -_-
Baru tadi aku baca tentang seorang penyampai program ilmuan yang dikatakan telah menyampaikan perkara yang agak menyimpang daripada apa yang sepatutnya. Dalam erti kata lain, beliau dikatakan telah menyampaikan sesuatu yang bukan daripada sumber yang sahih. Hurm, aku kerap juga mengikuti program ilmu yang disampaikan oleh beliau. Melalui kaca televisyen maksud aku. Agak menarik cara penyampaian beliau. Betapa khusyuknya aku mengikuti penyampaian beliau sehingga boleh dikatakan mulut aku dengan sendirinya akan ternganga hampir setiap kali aku mendengar penerangan dan perkongsian dari beliau.
Jika benar apa yang di dakwa, aku harap akan ada insan yang akan bangkit untuk memperbaiki kesilapan yang telah dibuat. Aku tak berani nak berbicara lebih tentang hal ini sebab aku bukan ahlinya dan aku juga masih mengesot dalam hal-hal yang berkaitan agama. Biarlah orang yang lebih arif berbicara lebih lanjut tentang hal ini.
Wallahu a'lam.
p/s : terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padahnya.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
*masjid ni cantik, luas, nyaman!*
Setiap kali ada perkhabaran, cerita atau apa saja yang sampai ke telinga dan mata, selidiklah terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk mempercayai atau tidak sesuatu perkara itu.
Actually agak terkejut juga bila buka muka buku, kecoh pasal seorang hamba Allah membuat laporan polis tentang gangguan 'laungan azan'. Mengucap panjang juga dibuatnya. Terasa juga nak meroyan pasal isu tu tapi tak jadi sebab isu agama ni agak panas sejak kebelakangan ni. Takut tersilap kata, merana dibuatnya. Jadi, istighfar sajalah.
Nasib baik juga aku tak meroyan masa isu tu keluar. Jika tidak entah di mana aku nak letak muka. Entah macamana aku nak pergi minta maaf dengan hamba Allah tu. Rupa-rupanya isu yang sebenarnya bukan pasal azan tapi pasal bunyi yang terlalu kuat dek penangan 15 (lima belas) biji speaker yang digunakan oleh masjid di situ. Hurm, di tempat aku ni guna 4 (empat) biji speaker saja. Itupun satu kampung boleh dengar, kalau 15 biji entahlah.
Jika kamu nak tau kisah yang sebenar, boleh baca di sini.
Wallahu a'lam.