Tuesday, March 25, 2014

Kosong!

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kosong. Itulah gambaran yang boleh aku katakan mengenai apa yang ada dalam kepala aku. Aku tak tahu apa yang aku fikirkan. Sehinggakan hendak menaip ini pun, seolah tiada apa. Hanya tulisan kosong. Tanpa intipati. Tanpa perasaan. Kosong tanpa apa-apa.



MH370 sudah disahkan (boleh aku katakan begitu?) oleh PM bahawa destinasi terakhirnya adalah di selatan Lautan Hindi. Tidak di khabarkan secara terus tetapi itulah yang difahami oleh semua yang mendengar apa yang diucapkan oleh PM di dalam sidang media singkat lewat malam tadi (24 Mac 2014). Maka ia adalah khabar yang tidak menggembirakan bagi masyarakat Malaysia dan masyarakat dunia yang mengikuti perkembangan operasi mencari, mengesan dan merungkai tanda tanya kehilangan pesawat MAS MH370 yang telah dilakukan sejak 8 Mac 2014 yang lalu.

Apa lagi yang aku boleh katakan? Tiada apa. Tiada kata yang mampu menggambarkan situasi yang berlaku. Berita sedih yang di terima oleh keluarga 12 kru anak kapal dan 227 penumpang. Aku yang mendengarnya juga berasa sebak apatah apatah lagi ahli keluarga mereka. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Manusia merancang, Allah juga merancang. Namun sebaik-baik perancang ialah Allah SWT yang Maha Berkuasa ke atas segala-galanya.

Salam takziah aku ucapkan kepada semua. Bacaan Al-Fatihah aku kirimkan buat semua. -_-

Friday, March 14, 2014

Kunci!

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kunci kemuliaan adalah taat kepada Allah SWT dan Rasul-Nya.

Kunci rezeki adalah berusaha disertai dengan istighfar dan ketaqwaan.

Kunci syurga adalah mengEsakan Allah SWT.

Kunci iman adalah merenungkan ayat-ayat Allah SWT dan tanda-tanda kebesaran yang ada pada makhluk-makhluk-Nya.

Kunci kebaikan adalah kejujuran.

Kunci kehidupan adalah merenungkan Al-Quran, berdoa di malam hari dan meninggalkan perbuatan dosa.

Kunci ilmu pengetahuan adalah tidak malu untuk bertanya dan mendengar dengan baik.

Kunci kebahagiaan adalah taqwa.

Kunci bertambahnya nikmat adalah bersyukur.

Kunci kemenangan dan kejayaan adalah sabar.

Kunci mencintai Akhirat adalah zuhud terhadap dunia.

Kunci agar permintaan dikabulkan oleh Allah adalah berdoa.

sumber buku: Jangan Bersedih, Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia.
tulisan: Dr Aidh.

p/s : semoga kita berpegang kepada semua kunci-kunci tersebut. o_O 

Monday, March 10, 2014

Jika Kami Kehendaki!

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

"Jika Kami Kehendaki". Aku lebih suka tekankan ayat ini daripada ayat keseluruhannya. Bagi aku ia membawa maksud yang pelbagai. Aku bukan ahli tafsir jadi jika kamu mahu tafsiran yang sebenar mengenai ayat-ayat ini, kamu perlu merujuk kepada ilmuan-ilmuan tafsir yang sebenar. Bukan juga niat aku untuk mengaitkan ayat ini dengan peristiwa yang berlaku sekarang. Namun ia berkait dengan mulut-mulut manusia yang suka menuding jari, menuduh itu dan ini setiap kali ada perkara berlaku.


Pelbagai kata-kata yang tersebar mengatakan perkara itu dan ini  terjadi kerana silap manusia itu sendiri, kerana manusia itu berasal daripada situ atau sini maka ia menjadi punca perkara itu berlaku. Iya, memang tidak dapat dinafikan kecuaian manusia juga menjadi faktor sesuatu perkara itu terjadi. Namun ia hanya 'alasan' yang digunakan untuk di lihat oleh mata kasar manusia. Inilah yang dikatakan takdir dan sebagai hamba-Nya yang beriman kita wajib percaya kepada qada dan qadar. Ia termasuk dalam rukun Iman kan? Tak kisah lah apa juga perkara yang terjadi, malah jika sekadar di gigit nyamuk sekalipun, ia berlaku atas kehendak-Nya. Jika Dia tidak berkehendak sesuatu perkara itu berlaku maka ia tidak akan berlaku.

Walau apa juga yang terjadi, diharapkan usaha mencari dan menyelamat pesawat MAS-MH370 yang sehingga ke waktu ini masih belum ditemui, dipermudahkan oleh-Nya. Menguraikan segala tanda tanya yang bersarang dibenak sanubari manusia yang terlibat secara langsung atau tidak.

Kun Faya Kun


Wallahu a'lam.


Berjuta-juta!

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berjuta-juta sudah angka ranking Alexa blog ni. Inilah jadinya bila lama sangat blog terabai. Usahkan nak blogwalking, nak menaip entri pun dah makin malas. Sekarang ini aku banyak main online game saja. RPG game, game yang ada di facebook tu. Apa-apa game yang aku rasa  nak main, aku akan main. Cuma sekarang aku dah berhenti dengan RPG game tapi game yang ada di facebook tu memang tetap menjadi pujaan hatiku, heh.



Actually, permulaan terabainya blog ni bila aku mula main RPG gamelah. Asyik sangat main sampai semua kerja terabai, cuma nasib baiklah kerja harian aku tak terabai sama. Kalau tak entah apa yang jadi aku pun tak tahu. Bagi blogger yang betul-betul nak jadi seorang blogger yang berjaya, ranking Alexa tu memang menjadi salah satu perkara yang perlu diberi perhatian. Semakin kecil angka yang dipaparkan, dikatakan semakin berjayalah sesuatu blog tu.

Mengikut apa yang aku baca, banyak perkara yang memainkan peranan dalam memastikan ranking Alexa tu semakin kecil angkanya. Kekerapan menyiarkan entri memainkan peranan juga. Namun ia bergantung juga kepada isi entri tersebut. Adakah entri yang disiarkan dapat menarik perhatian pembaca atau tidak. Backlink juga memainkan peranan katanya. Actually, blogwalking tu juga salah satu cara untuk meninggalkan backlink kan? Jadi kena rajinkan diri blogwalking lah! Jangan jadi macam aku, berbelas juta angka yang dipaparkan.

Orang kata lagi, kalau dah sekali angka yang dipaparkan membiak dengan sebegitu banyak, alamatnya kena buat kerja macam masa mula-mula menulis dululah. Kena lebih kerap menyiarkan entri baru dalam pada masa yang sama memastikan entri yang disiarkan berkualiti dan memenuhi selera pembaca yang pelbagai. Kalau kamu semua nak tahu lebih banyak tips untuk jadi blogger yang berjaya, kamu boleh baca di blog denaihati. Aku selalu baca tips yang disiarkan di situ cuma itulah, sekadar baca tapi tak dipraktikkan. 

Salam.

Mengharapkan keajaiban.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Mengharapkan keajaiban akan berlaku sementara menunggu, masih menunggu dan akan tetap terus menunggu. Itulah perkara yang mampu dibuat oleh semua ahli keluarga penumpang pesawat MH370 yang sudah hampir 48 jam hilang tanpa khabar berita.(ketika entri ini di tulis)

Dengan pelbagai spekulasi yang tersebar disana-sini, hanya membuatkan perasaan resah terus-menerus bersarang di benak sanubari keluarga mangsa pesawat malang tersebut. Mengharapkan petunjuk yang diharapkan mampu mengesan kedudukan pesawat malang tersebut mungkin dapat menghilangkan sedikit resah di hati. Dengan pelbagai bantuan yang di beri oleh negara-negara jiran diharapkan mampu memberikan sedikit harapan walaupun telah dikatakan oleh pegawai yaang terlibat agar bersedia dengan kemungkina yang terburuk.

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Bukan aku yang mengalaminya jadi aku tak dapat memahami apa perasaan ahli keluarga mangsa ketika ini. Jadi hanya doa yang mampu dikirimkan agar keluarga mangsa yang terlibat tabah dan sabar dalam menempuhi dugaan yang berat ini. Semoga Allah mempermudahkan usaha untuk mengesan kedudukan pesawat malang itu.


p/s : tak perlu menuding jari, doakan sahaja keselamatan dan kesejahteraan mereka semua.