Thursday, May 31, 2012

pelihara kucing dapat dosa?

Assalamualaikum warahmatullah.

Ish biar betul tajuk ni..kan ke kucing binatang kesayangan Nabi, kenapa berdosa pulak? Erm mesti ada yang bertanya macam tu kan? Hehe baca dulu baru tau ok!!

black


Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w bersumpah sebanyak tiga kali yang bermaksud: "Demi Allah, tidak beriman! Demi Allah, tidak beriman! Demi Allah, tidak beriman!"

Apabila ditanya, siapakah yang Baginda s.a.w. maksudkan, Baginda menjawab: "Seseorang yang jirannya tidak berasa aman dan tenang disebabkan perangai jahatnya." (Riwayat al-Bukhari)

Imam al-Nawawi mengatakan ada dua tafsiran tentang penafian iman dalam sabda Baginda itu:

** Orang yang menganggap perbuatan menyusahkan jiran adalah halal.
** Menafikan kesempurnaan iman orang lain kerana sikapnya sentiasa menyusahkan jirannya.

Perbuatan yang menyusahkan jiran memang amat dibenci dalam Islam seperti mana yang ditekankan oleh Baginda Rasulullah dalam hadis di atas. Banyak perkara yang boleh menyebabkan jiran terganggu dan tidak tenang hidupnya. Buang sampah, buat bising sampai mengganggu ketenteraman jiran, mengumpat, mencela, memfitnah dan pelbagai lagi perkara yang boleh menyusahkan jiran. Memelihara kucing juga boleh dikatakan menyusahkan jiran sekiranya tidak di tangani dengan betul.

Memelihara kucing itu harus tapi ada sesetengah situasi yang boleh menyebabkan pemelihara kucing mendapat disa apabila tidak menunaikan nafkah "zahir dan batin" kucing peliharaannya seperti makn, minum, tempat tinggal dan perkara yang berkaitan dengan naluri haiwan. Dan jika ia mengganggu ketenteraman jiran maka ia juga akan menyebabkan pemelihara kucing mendapat dosa. Nauzubillah,
semoga kita pemelihara kucing tidak tergolong dalam kalangan manusia yang dinafikan kesempurnaan imannya.

bulat


Membiarkan kucing peliharaan kita menjadikan pasu bunga atau halaman rumah jiran sebagai 'tandas' adalah satu dosa besar. Membiarkan kucing peliharaan keluar masuk ke rumah jiran 'tanpa izin' sehingga mengganggu jiran juga satu dosa besar. Tidak memelihara kucing tetapi gemar memberi makan kucing terbiar sehingga menyebabkan banyak kucing terbiar 'berkampung' di sekitar rumah sehingga menyebabkan jiran tidak tenteram juga satu dosa besar. Sengaja membuang kucing dikawasan rumah jiran atau di kedai-kedai makan juga satu dosa kerana menyusahkan orang lain.

Diakhirat nanti, kucing tidak dipertanggungjawabkan memikul dosa kerana mereka tidak mukalaf (tiidak berakal) tetapi malangnya tuan kepada kucing yang dianugerah akal tetapi tidak menggunakan akalnya untuk berwaspada daripada melakukan perkara-perkara yang menyebabkan ketenteraman jiran terganggu akibat kucing peliharaannya.

Abu Hurairah, seorang sahabat Nabi yang sangat suka kepada anak kucing. Gelaran 'Abu Hurairah' merupakan satu pengakuan terhadap keharusan memelihara kucing. Marilah kita sama-sama menunaikan hak-hak kucing sebagai haiwan dan hak-hak jiran daripada dicerobohi. -Solusi-




p/s : peringatan untuk diri sendiri dan semua pemelihara kucing diluar sana. Jaga lah kucing anda sebaik mungkin ye -.-

Wednesday, May 30, 2012

nasi lemak ayam goreng celup tepung.

Assalamualaikum warahmatullah.


Hai semua. Selamat malam. Sudah makan kah belum? Dah eh, erm kalau belum tu pegi la makan ye nanti lewat sangat tertambah pulak berat badan tu (org kata) hihi. Aku no hal punya sebab Allah jadikan badan aku tetap tak berisi walau banyak mana pun aku makan. Tapi tak best juga badan macam ni sebab kalau jumpa orang yang tak kenal mesti diorang kata aku sakit kadang tu orang kata aku ni 'mat pit'. Sedih aku :(

makan malam aku.

Hehe ni la makan malam aku hari ni. Nasi lemak ayam goreng celup tepung. Mak aih panjangnya nama hehe. Tiga ringgit je ok dah rasanya harga tu kan, dengan kos yang hari-hari.naik memang berpatutan dah rasanya harga tu. Kalau nak murah lagi senang je, pegi beli beras sekilo, kelapa sebijik, ayam sekor, tepung goreng ayam sekotak balik rumah masak sendiri. Selesai tak payah nak komplen macam-macam, perut kenyang dosa kutuk orang pun takde. Kan kan kan ;)

Tu je aku nak mengarut kali ni. Tammat


p/s : tak suka cakap terus terang tapi biarlah dengan cara yang berhemah ye -.-

wordless wednesday : che ngut manja

Assalamualaikum warahmatullah.









p/s : maaf tak dapat nak membalas kunjungan buat masa sekarang :(


Monday, May 28, 2012

asal cuti je mesti kenduri.

Assalamualaikum warahmatullah.


Mula-mula aku nak ucapkan selamat bercuti kepada adik-adik dan tak lupa juga kepada cikgu-cikgu ye. Harapan aku cuti selama 2 minggu ni tak berlalu macam tu je tanpa dimanfaatkan sepenuhnya ye. Mana yang akan menghadap peperiksaan hujung tahun ni, jangan sia-siakan masa yang ada ni ye. Hehe pandai je aku nasihat orang kan, entah aku ni bagus sangat ke apa -.-


Bila cuti sekolah ni perkara wajib yang mesti ada, kenduri kawin la kan hehe. Korang dapat banyak undangan tak? Kat tempat aku ni hari-hari ada kot, semalam lagi dah mula. Tiga kenduri sekaligus, jenuh la nak pegi semua. Pegi yang ni, makan sikit salam dengan tuan rumah balik pastu dua lagi kenduri pun buat macam tu juga. Hari ni ada satu tapi aku tak pergi sebab terlupa hehe. Esok lusa tulat tungging oun ada lagi. Senang cakap selagi tak habis cuti ni, kenduri je la hari-hari hehe.

Aku tak kisah pun kenduri banyak-banyak ni, kalau takde aral aku pegi tapi kalau ada aral atau terlipa tu acik minta maaf la ye. Tak dapek acik nak nolong eh, acik kirim salam yo lah kek tuan umah tu hehe.

Aku ni satu je yang tak berkenan dengan kenduri ni. Masakannya..bukan masalah sedap atau tak tapi masalahnya lepas makan tu terpaksa jadi pelanggan tetap 'bank' kat rumah tu. Memulas je perut, kena time dia nak tu puas la mengepit takut tercicir lak dalam seluar..haish malu kalau tercicir -.-

Entah kenapa la jadi macam tu ye. Nak kata tukang masak tak reti masak, masing-masing mengaku tukang masak handalan. Tiap kali kenduri itu je la muka yang jadi tukang masak. Maknanya memang dah terer masak la kan, tapi kenapa tiap kali makan kat kenduri aku sakit perut ye????

Musykil aku dibuatnya, hurmm!!!




p/s : asal kenduri mesti cuti kan ^_^

Sunday, May 27, 2012

amanah dibahu pemimpin yang berwibawa.

Assalamualaikum

"Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu sekalian untuk menunaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan menyuruh kamu apabila menetapkan hukum antara manusia supaya kamu menetapkannya dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu dan sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
surah an-Nisa ayat 58

Pemimpin..satu tugas yang nampak mudah tapi cukup sukar untuk dilaksanakan. Tanggungjawab yang perlu dipikul amat berat kerana ia melibatkan semua yang berada di bawah kepimpinannya. Senang cakap jika ada pengikutnya melakukan kemungkaran dan tak ditegah sedangkan dia mengetahuinya maka dia turut sama dipertanggungjawabkan atas kemungkaran yang dilakukan oleh pengikutnya tu..nauzubillah -.-

Seorang pemimpin di atas bahu mereka terdapat satu beban amanah besar yang perlu dipikul dan setiap amanah wajib dilaksanakan dengan sebaik mungkin, dilaksanakan dengan benar dan adil. Tanpa amanah dan keadilan, tak mustahil manusia, negara atau tamadun yang dipimpinnya akan musnah dan hancur.

Rasulullah s.a.w. mengingatkan dalam satu hadis yang bermaksud: "Apabila amanah disia-siakan, maka tunggulah kehancurannya." Para sahabat bertanya: "Bagaimanakah bentuk mensia-siakan itu?" Baginda bersabda lagi: "Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada orang yang tidak berkelayakan, maka tunggulah kehancurannya." (riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Malah dalam sebuah hadis sahih, Baginda s.a.w. turut menolak permohonan Abu Zar r.a yang ingin menjadi pemimpin disebabkan kelemahan (daif) beliau dalam menjalankan tanggungjawab. Kepimpinan yang tidak sempurna akan mengakibatkan hukuman yang amat berat diakhirat kelak. Nauzubillah -.-

Semua manusia di atas muka bumi ni dilahirkan sebagai pemimpin. Memimpin diri sendiri ke jalan yang diredhai Allah, jalan yang telah ditetapkan dalam Islam. Apabila amanah kepimpinan dilakukan dengan baik, secara automatik amanah-amanah lain yang berkait rapat dengan hak sesama manusia akan terlaksana.

Maimun bin Mahran mengatakan: "Tiga perkara yang harus ditunaikan, kepada orang soleh atau pelaku maksiat, mukmin atau kafir iaitu amanah, janji dan silaturrahim."

Kesimpulannya perintah untuk bersikap amanah sebenarnya ditujukan kepada semua manusia tanpa membataskan sifat atau keadaan manusia. Amanah untuk memberi keadilan untuk diri sendiri, pemimpin perlu adil dalam melaksanakan apa jua perkara tanpa melihat siapakah mereka kerana ia merupakan tanggungjawab dan kewajipan seorang pemimpin terhadap orang yang dipimpin. -Solusi.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Tidak ada agama bagi orang yang tidak dapat menjaga amanah." (Riwayat al-Baihaqi)




p/s : amanah itu janji dan setiap janji WAJIB ditunaikan.

Saturday, May 26, 2012

fasa terakhir pembinaan.

Assalamualaikum warahmatullah.

Salam sabtu semua..apa cerita hari ni? Ada program ke? Sibuk ke? hehe tak kira apa pun aktiviti korang sekarang, aku harap semuanya berjalan lancar ye..jangan malas-malas ye awak :)


Sebelum ni aku ada bagi tahu kan pasal rumah aku yang dalam proses pembinaan (ada ke) hehe..erm tak kisah la ada ke tak kan hehe.

Sudah dua bulan lebih sebenarnya rumah aku 'under construction'. Lambat sikit sebab ada perkara-perkara yang membantutkan proses, masalah air yang kejap ada kejap takde, masalah barang yang di order lambat sampai dan macam-macam lagi la tapi kira nasib baik la sebab wak ni buat kerja laju dan paling penting hasil kerja diorang sangat memuaskan. Alhamdulillah

Hari ni diorang dah mula melantai untuk kali kedua dan selepas ni diorang nak pasang 'mozek' pulak. Lepas ni pasang tingkap, pintu dan proses terakhir 'wiring' la. Pasang lampu, kipas, cat dan semua proses tu insyaAllah dalam tempoh seminggu dua lagi siap la (harap takde masalah).

Erm tak tau apa dah aku nak taip, tetiba hilang idea hehe.


p/s : diorang melantai macamana aku nak masuk rumah ni -.-

Friday, May 25, 2012

1st GiveAway by Nabila Medan

hai semua..kali ni aku join GA lagi. terima kasih kat Michelle a.k.a owner damnright-welcomestalker.blogspot.com sebab tag aku hehe

korang rasa nak join juga klik je kat banner untuk maklumat lanjut

tiga orang mangsa tag..

nornadiah
korn
rasya



p/s : kena tag join la aku hehe

paip air dari tangki ke enjin bocor.

Assalamualaikum warahmatullah.

salam semua. kepada pemandu-pemandu di luar sana, aku nak tanya sikit boleh? erm apa perasaan korang bila kenderaan korang tiba-tiba break down dalam perjalanan? gabra tak? kalau aku mesti gabra sampai tak tau nak buat apa sebab aku ni cepat panik huhu..

kelmarin kereta adik aku tetiba break down, air dalam tangki kering. tapi bukan adik aku yang drive la sebab kereta tu tinggal kat rumah sebab adik aku tak nak bawa ke UMP tu. kalau dia bawa ke sana 'panjang langkah' katanya.

dalam pukul 1200 kalau tak silap, masa tu aku tengah best 'ngeteh' lepas hantar stok tiba-tiba cik mini aku menjerit minta perhatian hehe. aku pun tengok la, rupa-rupanya ayah aku yang call.

Ayah : nuar, mu kat mana ni?

aku : kat kedai awie. kenapa?

ayah : kereta ni kering air lagi, mu mari sini bawa air sekali.

aku : kat mana kereta?

ayah : kat simpang kilang tementi ni.

aku : ok ok kejap nuar pegi.

macam tu la lebih kurang aku cakap dengan ayah aku hehe

lepas beli air mineral dua botol, aku terus gerak. dalam 10 minit lebih kurang aku sampai tengok kereta dah tersadai atas bahu jalan, bonet depan dah buka. tengok dalam tangki radiator air dah kering dalam tangki simpanan pun dah kering.


twin camp 12 valve rupanya hehe


dah sampai tu, enjin pun dah sejuk sikit jadi operasi mengisi air pun bermula. ayah aku isi air, aku belek bawah kereta. jenguk bawah kereta, aku tengok ada air mengalir turun. "eh! bocor ni," aku cakap. ayah aku pun belek sama rupa-rupanya paip yang dari tangki ke enjin tu yang bocor. fuh nasib baik perasan kalau tak, silap hari bulan meletup enjin tak pasal kena tukar enjin baru.

ni la rupa paip tu

yang aku bulatkan tu la tempat pecahnya


nasib baik la bengkel dekat. runner kejap panggil pomen, terus tarik kereta ke bengkel. buka, periksa, cabut dan ganti paip baru. pukul 1700 baru kereta siap. lambat sebab masa tu baru pomen nak pegi cari paip baru almaklumlahkan bengkel dalam kampung mana nak simpan spare part banyak-banyak. modal besar tu hehe. jenuh juga la ayah aku menunggu sampai kereta siap. aku tak tunggu sebab aku ada kerja lain yang nak kena buat hehe.


p/s : nak jadi pemandu kena tau serba sedikit pasal kenderaan. baru senang kalau jadi apa-apa kan hehe

Thursday, May 24, 2012

GA AmerCorner Free Domain and Aquapic Lomo.

Assalamualaikum warahmatullah.

join GA pulak hehe..menang ke tidak nasib la kan..aku join ni pun suka-suka je hehe

korang nak join juga ke..
klik je banner tu ye untuk maklumat lanjut..
tarikh tamat GA ni 7.6.2012.


ni dia mangsa tag aku hehe..

pencinta pink
michelle
hana


p/s : rajin pulak aku join kan hehe

segmen : saya nak join bloglist korn

Assalalmualaikum warahmatullah.

kali ni aku nak join segmen ni pulak..agak lambat sebenarnya sebab tarikh tamatnya 25 Mei ni je hehe.


korn ni nak cari 30 orang blogger je..5 yang terawal secara automatik akan masuk dalam bloglist dia jadi kalau korang rasa berminat nak join klik je kat banner tu ye..

Wednesday, May 23, 2012

apa yang kita buat tapi yahudi tak buat.

Assalamualaikum warahmatullah.

terus terang aku kata, entri ni aku copy & paste dari fb tadi. disebabkan apa yang dikata tu menarik perhatian aku jadi aku tergerak hati nak kongsikan kat sini juga..harap ia memberi manfaat kepada semua yang membaca ye..berbelit-belit ayat aku hehe


Bijak sungguh Yahudi memperdayakan kita umat Islam


Tahu jenis potongan daging kambing? Sedarkah kopi dan daging kambing adalah makanan sunnah nabi?

1. Bijak sungguh Yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang zionis tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.

2. Teruskan membongkar kebijaksanaan Zionis menipu umat Islam. Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasulullah: “Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil”.

3. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para Zionis ini) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut Zionis ke nak ikut nabi kita?

4. Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ di mana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. So, kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam, makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran Zionis ini.

5. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Zionis, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK mengatakan yang Zionis semua ada segelas kopi di tangan mereka. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

6. Para Zionis ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya Coke dan Maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). Orang Melayu kita juga yang ketagih minum Coca-Coladan Pepsi-Cola.

7. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans. Untuk pengetahuan, para Zionis agen Dajjal ni jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.

8. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen pada wanita. Pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.



credit to : Seluruh Rakyat Kelantan Like Status Anda ~~


p/s : tak dapat jajah cara kasar diorang jajah cara halus pulak..nauzubillah -.-

wordless wednesday..

Assalamualaikum warahmatullah.

Sunset.




p/s : it's so beautiful.

Tuesday, May 22, 2012

benci kemungkaran bukan pelakunya.

Assalamualaikum warahmatullah.

Sebagai seorang manusia kita memang tak dapat lari dari melakukan kesilapan kan. tiada yang sempurna di atas muka bumi ni kecuali Yang Maha Esa. Walau macamana pun kita beringat mesti ada juga kesilapan yang kita lakukan. Persoalannya sekarang adakah kita mengambil iktibar dengan setiap kesilapan yang kita telah lakukan tu. adakah kita berusaha untuk memperbetulkan semula kesilapan-kesilapan tersebut agar tidak berulang di masa hadapan? jom kita sama-sama berfikir sejenak persoalan tu...dah dapat jawapan? ok, simpan jawapan tu untuk renungan buat diri sendiri hehe.

BENCILAH KEMUNGKARAN TETAPI JANGAN MEMBENCI PELAKUNYA.

erm agak-agak boleh tak kita buat macam ayat kat atas ni ye. apabila melihat kemungkaran berlaku di depan mata, apakah persepsi pertama yang terlintas di fikiran kita? erm kalau aku mesti cakap, "eee jahatnya dia ni @ eee mak bapak dia tak ajar ke?" orang yang di kutuk bukan perbuatannya, astaghfirullah. korang pulak macamana? sama macam aku juga ke?

aku akui memang sukar nak mempraktikkan saranan ayat tu dalam kehidupan. hati aku tak cukup bersih dan hanya insan yang mempunyai hati yang benar-benar bersih saja yang mampu melakukannya. dan hati yang benar-benar bersih sahaja yang mampu menjalankan konsep "AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR" dengan sebenar-benarnya. Jadi sebesar mana pun kemungkaran, berdoalah dengan harapan agar pelakunya mendapat hidayah dari Allah.

Hati yang bersih. itulah kunci kepada kejayaan Rasulullah s.a.w. menghadapi tentangan daripada penduduk Taif. Diejek dan dilontar dengan batu akan tetapi Rasulullah tetap mengharapkan kebaikan walaupun pada ketika itu malaikat telah menawarkan diri untuk menurunkan azab ke atas penduduk Taif. Itu menjadi bukti bahawa tiada kebencian yang bersarang di dalam hati Rasulullah terhadap penduduk Taif, walaupun hati dan fizikalnya disakiti.-.-

Ketika itu Baginda berdoa kepada Allah yang bermaksud: "Ya Allah, kepada-Mu aku mengadu kelemahanku, kekurangan daya upayaku dan kehinaanku pada pandangan manusia. Ya arham al-Rahimin, Engkaulah Tuhan orang yang ditindas dan Engkaulah Tuhanku. Kepada siapakah akan Engkau serahkan diriku ini? Kepada orang asing yang akan menyerangku atau kepada musuh yang mnguasai aku? Sekiranya Engkau tidak murka kepadaku, maka aku tidak peduli.."

Baginda juga berdoa untuk umat yang dikasihinya, yang bermaksud: "Ya Allah, ampunilah kaumku. Sesungguhnya mereka tidak mengetahui." Baginda juga bersabda yang bermaksud: "Bahkan aku mengharapkan agar Allah mengeluarkan dari salbi mereka orang-orang yang menyembah Allah dengan keesaan-Nya, tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu."

Allah s.a.w. berfirman yang bermaksud: "Berbicaralah kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut. Mudah-mudahan dia akan takut dan ingat (kepada Allah dan insaf)." Surah Taha 20: 44. ayat ini sebagai peringatan dari Allah kepada Nabi Musa a.s. dan Nabi Harun a.s. ketika mendapat perintah untuk menemui Firaun, walhal ketika itu tiada perasaan benci secara peribadi kepada Firaun.

semakin benci kepada kemungkaran, maka semakin meningkat rasa kasih dan sayang kita kepada pelakunya. itu yang sepatutnya kita praktikkan kerana kemungkaran itu ibarat api yang membakar pelakunya dan hanya kasih sayang yang mampu memadam api kemungkaran itu. GEN-Q

en.wikipedia.org


p/s : tidak sempurna iman tanpa kasih sayang sesama manusia -.-

Monday, May 21, 2012

kisah teladan buat renungan bersama.

Assalamualaikum warahmatullah.

selamat pagi, petang, siang, malam semua hehe..aku tak tau korang baca bila entri ni jadi aku cakap semua la ye ^_^.


MALU KERANA BENAR

Pada suatu hari, Nabi Musa a.s. telah keluar meninggalkan bumi Mesir dalam keadaan takut kerana Firaun dan konco-konconya berpakat untuk membunuh baginda. Namun, baginda tidak lupa untuk memohon pertolongan daripada Allah s.w.t. dan berdoa, "Wahai Tuhanku, selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim."

Lalu baginda menuju ke negeri Madyan yang bukan merupakan wilayah jajahan kerajaan Firaun sambil mengharapkan naungan Alla s.w.t., "Moga-moga Tuhanku memberikan petunjuk kepadaku ke jalan yang lurus dan selamat."

Benar, Allah s.w.t. mengabulkan permintaan Nabi Musa a.s., Baginda sampai ke negeri tersebut dengan selamat. Tiba di negeri tersebut, baginda terlihat sekumpulan manusia sedang berasak-asak di sebuah sebuah telaga untuk mengambil air bagi ternakan mereka. Dan tidak jauh daripada situ, terdapat dua orang gadis yang berdiri bersama ternakan mereka sambil menunggu giliran. Mereka tidak seperti kumpulan tersebut yang saling bersaing, tetapi menunggu sehingga keadaan menjadi tenang.

Maka baginda bertanya kepada mereka berdua, "Mengapa keadaan kamu berdua begini?". soalan ini diajukan kerana mereka berdua tidak bersama kumpulan manusia tadi untuk mengambil air. Dan juga kerana mereka berdua menahan ternakan mereka daripada terus menuju ke arah telaga yang berisi air bersama ternakan yang lain.

Lalu kedua-dua gadis itu menjawab, "Kami tidak akan mengambil air minuman itu melainkan pengembala-pengembala itu telah beredar pulang dan kami juga mempunyai seorang bapa yang sudah tua." Mendengar jawapan tersebut, Nabi Musa a.s. terus membantu mereka berdua mengambil air minuman untuk minuman binatang ternakan mereka.

Sambil terus memohon kebaikan daripada Allah s.w.t., salah seorang daripada perempuan tadi berjalan dengan penuh malu ke arah baginda dan mengajaknya untuk ke rumah atas jemputan bapanya untuk memberi upah atas pertolongannya itu. Akhirnya baginda menerima jemputan tersebut dan tinggal di Madyan dalam keadaan selamat.

animal-wildlife

moral..
* sikap malu dalam pergaulan dalam kehidupan.
* tolong menolong sesama manusia adalah satu
tabiat yang mulia.
* menjaga batas pergaulan sesama bukan marham.


GEN-Q




p/s : apa lagi iktibar yang korang boleh dapat dari kisah ni =.=

Sunday, May 20, 2012

Final piala FA : Kelantan juara

Assalamualaikum warahmatullah.


Salam hari minggu semua..apa cerita hari ni? apa plan korang untuk hari ni? nsk pegi jalan-jalan? ada date? atau nak santai kat rumah je? hehe walau apa pun plan korang, semoga semuanya berjalan lancar ye ^_^


malam tadi korang tengok tak final piala FA? tengok kat stadium ke kat rumah je? aku tengok kat rumah je sebab aku kerja tapi kalau aku tak kerja pun memang aku tak pegi stadium tu, malas hehe.

cuak je aku tengok semalam. ye la kan diorang main ganas jugak semalam, nak nak import sime darby tu Ronaldhino kalau tak salah nama dia. siku, lutut semua naik masa tackle orang tak tau lagi kot keganasan kelantan

90+ minit permainan, bertahan dengan aksi-aksi pemain sime darby, akhirnya Kelantan dapat juga bawa balik piala FA yang baru tu hasil sepakan penalti Gaddar, yeay hehe.

Buat sime darby jangan putus asa. adat permainan, ada kalah ada menang kan. musim depan korang main lagi, masuk final lagi tapi juara ke tidak takde sapa yang tahu hehe.


ok lah, tak mau ngarut panjang-panjang pagi ni. Tammat ^_^



p/s : majulah sukan untuk negara

Friday, May 18, 2012

Riak itu sifat mazmumah.

Assalamualaikum warahmatullah.


Mula-mula aku nak ucapkan selamat hari Jumaat kepada anda-anda semua. semoga dengan kebesaran penghulu segala hari ni perjalanan hari anda semua berjalan lancar, dipermudahkan dan mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa.

semua sudah sedia maklum bahawa "tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima" kan, tapi ikhlas kah kita terhadap pemberian tu. adakah kita memberi kerana Allah atau memberi kerana mengharapkan pujian manusia. hanya diri sendiri yang mampu menjawab persoalan tu kan jadi tepuk dada tanya lah iman =.=

Riak tergolong dalam sifat mazmumah yang mana ia amat dilarang dalam Islam. Riak ini berlaku apabila seseorang melakukan sesuatu perkara hanya kerana ingin menonjolkan dirinya kepada orang lain bertujuan untuk menunjukkan betapa hebatnya beliau. LIHATLAH DUNIA BETAPA HEBATNYA AKU..lebih kurang macam tu la ayatnya hehe


kali ini aku kongsikan sedikit tips untuk merawat hati agar tidak terjebak dengan sifat riak, iaitu...


** Sentiasa bermuhasabah dan menginsafi diri bahawa riak itu boleh merosakkan amal kebajikan dan mendapat azab Allah.

** Sentiasa mengingatkan diri bahawa Allah itu maha Mengetahui dan sesungguhnya Allah mengetahui tujuan riak itu.

** Sentiasa bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah.

** Mengingatkan diri agar membenci perbuatan riak kerana ia adalah perbuatan syaitan.

** Latih diri agar sentiasa membersihkan hati dan jiwa dengan memperbanyakkan amalan kebajikan.

** Sentiasa meningatkan diri agar sentiasa mensyukuri atas segala nikmat pemberian yang dikurniakan oleh Allah.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesuatu yang paling aku khuatirkan di antara kamu ialah syirik kecil." Lalu ditanyakan oleh sahabat, "Apakah syirik kecil itu, ya Rasulullah?" Kemudian Baginda bersabda: "iaitu riak."


GEN-Q


p/s : renung-renungkan dan selamat beramal -.-

kerabat diraja pukul orang?

Assalamualaikum warahmatullah.


SonaOne atau nama sebenarnya Mikael Adam Mohd Rafae, seorang pemuzik mendakwa beliau telah dipukul oleh seorang kerabat diraja di luar sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang sehingga menyebabkan beliau cedera parah di kepala dan terpaksa dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

SonaOne bagaimanapun tidak mendedahkan identiti kerabat diraja tersebut, namun menurut sebuah blog hiburan szlihin.com, Hunny Madu seorang penyampai radio Fly fm telah mendedahkan identiti kerabat diraja yang telah memukul SonaOne di lawan twitternya.

picture by Cinema Online

Hunny Madu juga mendakwa, kerabat diraja tersebut telah melakukan perkara yang sama terhadap Hafiz Hatim (adik Hunny Madu), juga ditempat yang sama setahun yang lalu.


sumber : Cinema Online


p/s : aku tak tau nak cakap apa pasal ni

Thursday, May 17, 2012

blogger card dari eyqa hasnan

Assalamualaikum warahmatullah.

hai semua apa khabar? sihat la hendaknya ya, kalau rasa badan kurang sihat tu cepat-cepat la buat sesuatu ya. takut nanti semua kerja tak dapat buat kan kan kan hihi.


ha yang kat atas ni blogger card aku. cik eyqa hasnan yang buatkan, simple dan yang penting aku suka (aku tak reti nak buat) hehe. jadi kat sini aku nak ucap bebanyak terima kasih la kat cik Eyqa Hasnan ye, rajin dia buat hehe.

tu je aku nak cakap kali ni hehe. TAMMAT

Wednesday, May 16, 2012

Mirah Ular dan Sayang.

Assalamualaikum warahmatullah.

Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun lebih selesa bersama Sayang daripada menghabiskan masanya bersama rakan sebayanya selepas pulang sekolah. Sayang yang dimaksudkan ialah seekor ular sawa seberat 5 kilogram, sepanjang dua meter dan berusia dua tahun.

Wan Nor Amirah (kanan) dan rakan ditemani Sayang

Disebabkan keberaniannya itu, Wan Nor Amirah Wan Apendi dari Kampung Bechah Tendong, Pasir Mas lebih dikenali dengan panggilan Mirah Ular dikalangan guru dan rakan sekolahnya. "Saya suka bermain ular sejak berusia tujuh tahun kerana sering melihat abang dan ayah bermain ular tedung tetapi saya hanya suka ular sawa dan sayang kepadanya", kata Wan Nor Amirah.

Berita Harian.



p/s : ada sapa berani pegang ular tak hihi

ww..pesanan

Assalamualaikum warahmatullah.




p/s : semoga bermanfaat -.-

Segmen : Saya Nak Blogger Card By Eyqa Hasnan

Assalamualaikum warahmatullah.

kali ni aku nak join segmen ni pulak.

jentik banner eh

segmen berlangsung 15 May 2012 - 18 May 2012

aku tag

cik yayah


nama samaran dalam blog : kaishin

tarikh start berblogging : entri pertama 15 Januari 2012

asal negeri mana : Pahang

warna untuk tulisan : hitam, merah dan hijau

link blog : http://krilmohd.blogspot.com



p/s : selamat bersegmen

Tuesday, May 15, 2012

hanya kerana RM10.

Assalamualaikum warahmatullah.

Hanya kerana RM10 seorang pemuda sanggup membakar rumah yang didiami keluarganya. Suspek yang disyaki seorang penagih dadah bertindak membakar rumah keluarganya yang terletak di Kampung Gong Kijang selepas dikatakan gagal mendapat RM10 yang diminta daripada bapanya.

keadaan rumah yang musnah terbakar

Jam 3.30 petang, suspek bertindak membakar rumah keluarganya menggunakan minyak petrol yang baru dibeli menggunakan wang dicuri daripada bekas simpanan di rumah tersebut.

Suspek berjaya ditahan setengah jam selepas kejadian oleh Pasukan Rakan Cegah Jenayah disekitar kampung dan diserahkan kepada polis peronda untuk tangkapan semula dan ditahan di Balai Polis Gong Badak. -Berita Harian.


p/s : dadah punca segalanya -.-

penghormatan terakhir.

Assalamualaikum warahmatullah.

Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, jurukamera tv BERNAMA yang terbunuh ketika bertugas di Somalia tahun lalu, menjadi wartawan Malaysia pertama yang mendapat penghormatan oleh sebuah muzium khusus untuk wartawan di Amerika Syarikat.

Memorial Wartawan di Washington DC, Amerika Syarikat

Nama Allahyarham Noramfaizul diukir pada arca kaca di memorial di bangunan Newseum, terletak di Pennsylvania Avenue berhampiran Bangunan Kongres Amerika Syarikat di Capitol Hill.

Allahyarham yang terbunuh akibat terkena peluru sesat ketika membuat liputan misi bantuan kemanusiaan di Mogadishu 2 September tahun lalu, diabadikan sebaris dengan 69 lagi petugas media dari seluruh dunia yang terkorban ketika sedang berkhidmat atau menjalankan liputan berita sepanjang 2011.


p/s : Al-Fatihah buat Allahyarham, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.




Segmen : "Saya Blogger Hot" by Chegu Along.

Assalamualaikum warahmatullah.

klik banner untuk maklumat lanjut

entri pertama hari ni, ini segmen la, SAYA BLOGGER HOT. hoho hot la sangat, hot temper ada la kot hehe. eh lupa pulak, terima kasih kat CheguAlong sebab jemput aku join segmen ni ye. ada 5 hadiah misteri lol tapi aku tak kisah menang ke tak itu nasib. aku join sebab nak meramaikan je hehe

CheguAlong suruh aku paksa tiga orang blogger join sama, jadi ni la tiga blogger yang kena paksa dengan aku haha..

cik hana
cik eza
miss nadya

tarukh tutup : 11.59 malam 16 Jun 2012

Monday, May 14, 2012

keluar masuk bilik air.

Assalamualaikum warahmatullah.


keluar masuk bilik air memang telah menjadi rutin harian bagi manusia yang mana berulang kali kita lakukan dalam sehari. dalam Islam keluar dan masuk bilik air juga ada adabnya. maka jika sesiapa yang mengamalkannya bererti dia telah mengamalkan dua sunnah ketika masuk (mendahulukan kaki kiri dan berdoa) dan dua sunnah ketika keluar (mendahulukan kaki kanan dan berdoa).


** masuk dengan kaki kiri dan keluar dengan kaki kanan.

** berdoa ketika masuk bilik air, "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-MU dari godaan syaitan jantan dan syaitan betina." (Muttafaq 'alaih)

** berdoa ketika keluar bilik air, "aku memohon ampun kepada-MU."




p/s : bilik air tempat kegemaran syaitan -.-

kedekut ke bakhil.

Assalamualaikum warahmatullah.


korang mesti pernah tengok cerita Labu Labi kan. ala yang tuan dia Hj Bakhil tu hehe. kedekut kan Hj Bakhil tu, orang pantai timur kata 'kupit' hehe.

kedekut atau bakhil ni merupakan sifat yang tercela dan dilarang dalam Islam. bakhil ni senang kata maksud nya "barang engkau barang aku, barang aku barang aku" hehe bahasa pasar je tu, takde dalam kamus -.-

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Dua pekerti yang tidaklah pada seorang mukmin iaitu bakhil dan buruk budi."

agak-agak kita ni tergolong dalam golongan bakhil tak? jika ya dan kita rasa nak ubah sikap bakhil tu jom kita cuba renung-renungkan tip-tip kat bawah ni eh -.-



1) Latih diri menjaga, mengawal dan mengawas tuntutan nafsu yang inginkan bermacam-macam harta.


2) Latih diri dengan sentiasa mengingati akan azab Allah jika mengamalkan sifat bakhil untuk kepentingan Islam.


3) Latih diri dengan mengingati segala harta dan wang tidak kekal dan tak boleh nak dibawa mati pun.


4) Latih diri sentiasa mnginsafi jiwa, bertaubat dan memohon keampunan Allah atas kelemahan diri.


5) Latih diri untuk mengamalkan hidup yang sederhana dan tidak terlalu mewah dan tidak terlalu papa.


6) Latih diri untuk sentiasa bersyukur dengan segala pemberian Allah dan manfaatkannya pada jalan yang diredhai oleh Allah.


p/s : tangan yang memberi lebih baik darapada tangan yang menerima -.-

12 May 2012

Assalalmualaikum warahmatullah.


12 May, Sabtu..hari yang agak memenatkan bagi aku. dengan urusan kerja yang perlu di selesaikan segera dan melayan kerenah pelanggan yang agak memeningkan. alhamdulillah segala urusan dapat diselesaikan tanpa ada masalah walaupun terselit juga sedikit kesulitan. alhamdulillah ^_^

selesai dengan tempahan, aku bergegas balik ke rumah sebab aku dah ada rancangan dengan parents aku nak pergi ke serting, kenduri kawin adik kakak ipar aku. memandangkan ayah aku dah tak berapa larat nak memandu jadi aku la yang kena memandu kan kompem la hehe. jadi dalam pukul 1130 pagi lepas ambik kakak dan anak-anak dia, aku terus gerak ke serting.

gambar jauh sangat kan -.-


my sis dan si nakal -.-


lebih kurang jam 1330 aku sampai serting, itu pun sebab dua tiga kali berhenti kat triang sebab akak aku nak bagi makan kat mesin cash deposit kat maybank dan berenti bagi minum kat cik myvi itam aku tu. dalam perjalanan tu boleh pulak anak buah aku muntah dalam kereta, selambak juga la kena kat baju mak aku sikit. anak buah aku boleh pulak buat muka tak bersalah, angin je akak dengan mak aku hehe.

budak muntah1..budak muntah2 takde gambar


sampai serting kebetulan pulak pengantin pun baru nak berarak lupa nak snap pics. dah siap salam dengan abang ipar dengan mak mentua abang aku, apa lagi makan la hehe tapi aku tak makan banyak pun. agaknya sebab perut aku dah masuk angin jadi tekak aku tak berapa nak terima kemasukan nasi yang aku makan tu -.-

siap makan aku tak tau nak buat apa dah. nak tolong dah ramai kot orang kampung yang tolong, aku dok lepak bawah pokok sambil dok main tuit (@krilnua). semua yang aku berkenan aku tuit hehe. sambil tu snap gambar pengantin hehe

pengantin perempuan nampak kaki je hehe


lebih kurang jam 1430 aku gerak balik. disebabkan sampai tadi orang baru lepas azan zohor maknanya aku belum solat zohor lagi la kan jadi hala balik tu ayah aku kata singgah kat masjid la tak ingat nama masjid, selesai semua lebih kurang 1530 baru gerak balik ke pahang.

menara masjid je


sampai triang lebih kurang 1630 kot sebab masa tu baru azan asar, akak aku nak singgah nursery sebelah merry brown tu sebab nak beli pasu. selesai yang tu singgah pulak kat pasaraya aktif kerayong nak beli bekalan si budak nakal tu hehe.

masjid kerayong depan p.aktif


p.aktif bangunan bawah je


selesai semua, sampai rumah lebih kurang 1730. baru rasa penat, rasa nak tido pun ada tapi tak boleh nak tido sebab dah petang kan. tak elok tido lepas asar -.-

dan itu lah alkisahnya perjalanan aku hari tu. mesti bosan korang baca kan haha nasib la :P

mata aku dah rabak


TAMMAT

Sunday, May 13, 2012

Segmen : Blogwalking Sampai Lebam

Assalamualaikum warahmatullah.


sala hari minggu semua. terima kasih kat pencinta pink sebab tag saya eh ^_^

klik banner kalau nak join eh


kamu, kamu dan kamu semua perlu blogwalking ke blog saya sebab blog saya ni simple, tak serabut dan banyak entri saya yang kamu kamu semua boleh jadikan renungan. walaupun entri yang ada sebenarnya untuk diri sendiri tapi saya harap ia boleh dijadikan renungan buat kamu kamu semua juga. selamat blogwalking semua ^_^


kamu kena tag dengan saya..

tirahzairi
blackjeepsu

Saturday, May 12, 2012

malu biar bertempat.



12.45 aku baru berkesempatan nak masuk ke sini. tadi agak sibuk dengan kesibukan yang di buat-buat hehe. jam 11.00 tadi aku baru sampai rumah, baru balik dari mencari rezeki dan alhamdulillah ada la masyuk sikit.

malu..semua orang ada perasaan tu sejak azali lagi kan. ada yang malunya banyak sampai susah nak berinteraksi dengan orang lain. ada yang tak tau malu sampai habis semua tempat dia redah dan tak terkecuali juga yang malu-malu kucing kononnya malu padahal malu tapi mahu hehe.

erm malu tu tak salahkan cuma kalau nak malu tu biarlah bertempat dan memberi manfaat. jangan malu nak berbuat kebaikan tapi kalau malu nak buat maksiat silakan senang kata 'Malu itu biarlah beriman'. jika malu kena pada tempatnya insyaAllah semakin bertambah keimanan kita tapi jika sebaliknya dikhuatiri membuatkan keimanan kita semakin menipis. nauzubillah -.-

ada beberapa ayat al-Quran yang menerangkan tentang iman dan kaitannya dengan sifat malu, yakni..

Tidak Malu Untuk Berbuat Kebaikan

Firmman Allah s.w.t. dalam surah al-Anbiya' ayat 94 yang bermaksud: "Dengan yang demikian, sesiapa yang mengerjakan sesuatu amal kebaikan, sedang dia beriman, maka tidaklah disia-siakan amal usahanya dan sesungguhnya Kami tetap menulisnya."

Tidak Malu Untuk Berkata Benar

Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 70 yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar."

Tidak Malu Untuk Menghindar Sombong

Firman Allah dalam surah Luqman ayat 18 yang bermaksud: "Dan janganlah engkau memalingkan muka kerana memandang rendah kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takabbur lagi membanggakan diri."

Tidak Malu Untuk Berhijrah Peribadi

Firman Allah dalam surah al-Taubah ayat 20 yang bermaksud: "Orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar darjatnya di sisi Allah, dan mereka itulah orang-orang yang berjaya."

Tidak Malu Untuk Membantu Sesama Islam

Firman Allah dalam surah an-Nisa ayat 85 yang bermaksud: "Sesiapa yang memberikan syafaat (pertolongan) ke arah yang baik, nescaya dia akan memperoleh bahagian (pahala) dari[ada-Nya dan sesiapa yang memberikan syafaat (pertolongan) ke araah yang buruk, nescaya dia akan memikul (dosa) daripadanya. Dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu,"

Tidak Malu Untuk Belajar Ilmu Agama

Firman Allah dalam surah al-Taubah ayat 122 yang bermaksud: "Dan tidaklah patut bagi orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); maka, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari setiap puak di antara mereka, untuk mendalami ilmu agama, dan untuk mengajar kaumnya apabila mereka kembali kepadanya; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga."

Tidak Malu Untuk Mengingati Allah

Firman Allah dalam surah al-Zumar ayat 22 yang bermaksud: "Adakah orang yang dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu dia tetap dalam cahaya dari Tuhannya, sama seperti orang yang tertutup hatinya? Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras hatinya dari mengingati Allah. mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata."


Dalam riwayat Ahmad dan al-Hakim daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang bersukacita dengan kebaikannya dan berdukacita dengan keburukannya, dia adalah Mukmin."

Gen-Q

Friday, May 11, 2012

rawatan lidah

Assalamualaikum warahmatullah.

"Mulut manusia memang macam tu, kalau mulut tempayan boleh la tutup"


Korang mesti selalu guna ayat ni kan kalau ada orang dok mencaci dan korang rasa malas nak melayan cacian tu. Manusia, bila hati dah terlampau banyak termakan hasutan syaitan memang macam tu, pantang tengok orang lain lebih sikit, ada je tak puas hati ada je yang tak kena pada pandangan diorang kan.

Perbuatan mencaci atau menyakiti hati orang lain termasuk dalam kategori dosa besar dalam Islam kerana in boleh menjejaskan nama baik atau maruah orang yang di maki atau yang disakiti hatinya.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Seorang mukmin bukanlah orang yang suka mencerca, bukan suka menghina, bukan suka membuat keji dan bukan orang yang suka bercakap keji."

Kali ni aku nak kongsi sikit cara-cara nak merawat lidah supaya dijauhkan dari perbuatan mencaci atau menyakiti hati orang lain, iaitu :-


1) Berkata-kata dan berbual menggunakan perkataan yang baik, lemah-lembut dan mesra.

2) Menjauhi daripada sikap menghina, mengutuk, merendah-rendahkan sesama Muslim.

3) Bergaul dan berkawan sesama rakan yang baik, dan berdamping dengan orang yang tinggi ilmu agamanya.

4) Mengelakkan diri daripada bersikap suka bermusuh, suka mengumpat dan suka bertengkar.

5) Meringankan lidah untuk memohon maaf dengan orang lain sekiranya ada membuat kesilapan atau berbuat salah.

6) Mengamalkan sikap berbaik sangka dan mengelak dari bersikap buruk sangka terhadap orang lain.

7) Mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain.


p/s : lidah tak bertulang -.-

Segmen:Jom Blogwalking & Join Bloglist Promosi Blog

Assalamualaikum warahmatullah.

hai semua..baru je selesai membalas jejak dan terjumpa segmen ni kat blog gadis pencinta pink. rasa nak join so aku pun join la ^_^

klik banner untuk maklumat lanjut

sebenarnya aku tak tau nak bagi pandangan macamana tentang blog pencinta pink sebab aku baru je masuk ke blog ni. bagi aku blog pencinta pink ni menarik, simple, kemas dan gadget yang ada pun secukup rasa jadi masa untuk buka page pun kejap je. itu je pandangan aku ^_^

Tarikh tutup segmen:26 Mei 2012



p/s : anda suka kaler pink? ^_^

menghapus dosa.




bila sebut tentang dosa pahala mesti ramai yang sentap kan. kadang tu bila ada orang tegur mesti ada yang sentap pastu cakap kat orang yang menegur tu suruh jaga tepi kain sendiri kan. aku tak kata kat orang lain tapi kat diri aku sendiri -.-

jadi sempena malam Jumaat yang penuh barakah ni jom la kita sama-sama perbanyakkan amalan, moga-moga terhapus dosa-dosa kita tu.

kali ni aku nak kongsi antara amalan-amalan yang boleh diamalkan dalam usaha kita nak menghapuskan dosa-dosa tu dan insyaAllah akan mendapat keampunan dari yang maha Esa, iaitu:


1) Mengelokkan wuduk.

2) Mengerjakan solat tasbih.

3) Berpuasa dan beribadah dibulan Ramadan dengan peenuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah.

4) Mengucapkan syukur setiap kali selepas makan dan memakai pakaian.

5) Duduk sebentar di dalam masjid selepas solat.

6) Berzikir selepas solat.

7) Berjalan dari rumah menuju ke masjid dalam keadaan berwuduk.

8) Sentiasa berzikir kepada Allah samada berkumpulan atau secara individu.

9) Perbanyakkan tasbih, tahmid, tahlil dan takbir.

10) Mengerjakan solat secara berjemaah.

11) Solat di saf hadapan.

12) Mandi sunat sebelum pergi menunaikan solat Jumaat.

13) Membelanjakan harta ke jalan Allah.


erm tak susah rasanya nak amalkan semua tu kot..insyaAllah aku akan berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik di masa akan datang..amin


p/s : renung-renungkan, selamat beramal -.-

Wednesday, May 9, 2012

baru 12 tahun.

Assalamualaikum warahmatullah


seorang kanak-kanak berusia 12 tahun mengaku salah di Mahkamah Majistret, atas tuduhan melakukan seks oral terhadap seorang budak perempuan beusia empat tahun di Taman Nirwana, Batang Tiga, Melaka.


Itu kandungan salah satu artikel dalam akhbar berita harian yang aku baca hari ni..erm apa sudah jadi dengan manusia akhir zaman ni ye..kurang didikan agama ke? Mak bapak dia tak didik ke? Siapa yang harus dipersalahkan? Mereka dan keluarga mereka? Hehe aku pun tak tau nak cakap apa sebab kadang tu mak bapak dah bagi cukup didikan agama pun masih ada juga yang 'tergelincir' perjalanan hidupnya.

Bagi aku semua tu terpulang pada individu sebab mak bapak selalunya sanggup berhabis semata-mata nak bagi cukup pendidikan kepada anak-anaknya. Anak-anak yang harus memilih jalan hidup yang dia nak samada lurus atau bengkok perjalanan tu, keputusan terletak di tangan anak-anak.


p/s : samada nak bagi mak bapak bangga atau menanggung malu, anak-anak yang kena pilih jalannya -.-

sampai sudah

Assalamualaikum warahmatullah


Apa khabar blogger-blogger semua dan yang sudi singgah dan membaca (baca ke) entri-entri merapu yang ada kat sini hehe..semoga diberkati dan dipermudahkan segala urusan..jutaan terima kasih diucapkan sebab sudi singgah sini eh..^_^


Ari tu aku ada join contest anniversary 1 year kat blog miss nadya dan rezeki aku sebab jadi salah seorang pemenang. Dan semalam (8/5) hadiah tu dah sampai dengan selamatnya.

Terima kasih kat miss nadya sebab menganjurkan contest tu dan bagi peluang aku menang (first time), dan terima kasih juga kepada sponsor QMASHOP, hadiah tu dah sampai ye.

Tu je aku nak cakap kali ni.. TAMMAT


p/s : selalu tak penah menang pun -.-