Sunday, April 29, 2012

bersih sebersih-bersihnya.

Assalamualaikum warahmatullah.

salam hari minggu buat semua bloggers dan sesapa saja yang baca entri ni. semoga hari minggu anda berjalan lancar tanpa apa-apa kekurangan. minta maaf la sebab entri kali ni ada berbaur politik sikit -.-

28.4.2012..satu perhimpunan besar-besaran telah diadakan di kuala lumpur. perhimpunan apa tak payah aku cakap la kan sebab semua dah tahu. lagipun semua media dah siarkan berita tentang perhimpunan tu, macam-macam versi ada.

seramai lebih kurang 20000 manusia yang melibatkan diri, ramai yang mengeluh sebab aktiviti harian mereka terjejas, perjalanan mereka terbatas dek kerana terlalu ramai manusia yang berada di atas jalan raya. perhimpunan yang pada awalnya mendapat 'lampu hijau' dari pemerintah tapi sehari sebelum perhimpunan mahkamah mengeluarkan notis perintah mengatakan tapak perhimpunan yang dipersetujui pada awalnya tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai tapak perhimpunan.

apa semua tu? main wayang? atau sekadar bermanis mulut untuk menggambarkan 'kami berfikiran terbuka', dan dimasa yang sama mempergunakan sistem undang-undang sebagai alasan untuk menghalang? "oh bukan kami yang membuat keputusan, semua tu keputusan mahkamah".

semua kekecohan yang berlaku mungkin dapat dielakkan jika tapak yang dipersetujui pada awalnya dapat digunakan. jika tapak tersebut digunakan, peserta-peserta yang hadir pasti akan bertumpu pada tapak tersebut, maka kesesakan akan dapat dielakkan sebab hanya satu kawasan yang digunakan sebagai tapak perhimpunan. insyaAllah takkan ada peserta yang berkeliaran di merata-rata tempat. sebab dari apa yang aku dengar, itu janji setiap peserta kepada penganjur.

sudahnya lebih tiga ratus peserta ditangkap, ramai yang cedera malah dikhabarkan polis pun ada yang tercedera. media massa mengatakan berlaku huru-hara, tapi siapa yang memulakan huru-hara. adakah peserta menyerbu pihak berkuasa? atau pihak berkuasa yang memulakan semua tu menggunakan nama undang-undang? itu saja persoalan yang bermain dikepala aku sekarang sebab terlalu banyak versi maklumat yang dimomokkan oleh media massa.


adakah kedua-dua belah pihak bertindak 'profesional'?
anda fikir-fikirkanlah..


youtube 1
youtube 2

p/s : tak nak komen banyak nanti kena tangkap

sekali lagi.

Assalamualaikum warahmatullah.

salam malam minggu buat aokme semua ye. apa citer? tak pegi merempit ke?..hehe kisah lama jangan diungkit ye -.-

sehari suntuk aku tak online semalam, sibuk sikit sikit je sebab ada keje yang aku dah janji dengan orang nak selesaikan keje tu semalam. janji wajib ditunaikan kot. bukan harus tapi wajib. kalau harus tak buat tak dosa buat dapat pahala, tapi kalau wajib tak buat dapat dosa buat dah tentu dapat pahala la kan. hehe so tunaikan lah janji anda ye jangan nak ngelat bagi alasan macam-macam eh..huhu iklan kejap -.-

sabtu..sekali lagi aku kena serang dengan denyutan yang agak memeritkan kat kepala aku nih. rasa macam nak meletop pun ada, entah apa sebabnya aku pun tak tau la..panas sangat kot sebab sampai sekarang ni, walaupun duduk bawah kipas badan aku tetap berpeluh dingin bahang panas sangat -.-


dah dua minggu rasanya sejak hari tu kepala aku tenang je tapi hari ni, aaarghhhh dia datang lagi. kali ni aku tak telan panadol tapi aku beli setem tiga posen tampal kat kiri kanan kepala aku hehe..

ok lah, kepala berdenyut mata pun dah makin berat jadi aku nak tido dulu lah. eh dulu dah tido kan so nak tido sekarang la kan hehe #sengalirus.

babai *lelambai tangan -.-

Saturday, April 28, 2012

lena dengan susu.

Assalamualaikum warahmatullah.

today is saturday. dalam satu minggu sekali je hari sabtu, betul tak aku cakap. tak betul? erm tak lama dah tu kot huhu..hahaha kena virus sengalirus dah aku hari ni, ingat lawak la kot cakap macam tu. ermm kebosanan dah bertingkat-tingkat di tambah pulak dengan mengantuk tahap cipan ni..bertambah sengal la ku di buatnya -.-


entri sebelum masuk tido ni, nak taip pun da tak berapa best sebab mata dah makin pedih dan berat. macam ada gam je kat kelopak mata ni. ok dah selotape baru nampak keyboard #sengalirus -.-

berbalik kepada tajuk di atas, amalan minum susu sebelum tidur dipercayai boleh membuatkan seseorang itu mendapat tidur yang lena, tetapi masih belum ada bukti saintifik yang mengesahkannya.

seorang pakar nutrisi iaitu Mark Shields berkata, manfaat minum susu sebelum melelapkan mata dipercayai melibatkan dua faktor, iaitu fisiologi dan psikologi.

dari aspek fisiologi, ramai penyelidik mempercayai susu mengandungi kandungan triptofan yang boleh membuatkan seseorang megantuk akibat hormon melatonin yang dirembeskan.

dari aspek psikologi pula, dipercayai ramai daripada kita secara automatik akan mengingati pengalaman ketika masih bayi bersama ibu dan mambuatkan tidur semakin nyenyak selepas meminum susu. - maskulin



p/s : minum susu baik untuk penjagaan tubuh badan -.-

mabuk.

Assalamualaikum semua.

hoho jangan salah sangka ye. ini bukan cerita mabuk yang tak tentu hala tu, haram ok -.-. erm korang mabuk tak kalau naik kenderaan, tak kisah la apa jenis kenderaan pun. aku mabuk laut jadi memang sah-sah aku tak boleh naik feri atau bot. ada yang mabuk kereta tak? -.-


anak buah aku selalu muntah kalau naik kereta. kalau dia ikut aku pegi mana-mana terpaksa la aku jadi pemandu yang berhemah sebab tak nak anak buah aku muntah. kesian kot, kalau muntah gerenti lembik punya la pastu ashem la baunya sebab segala apa yang ada dalam perut tu keluar kan -.-

tips nak atasi mabuk kenderaan ni aku cilok dan aku post buat tatapan diri sendiri dan buat sesapa je la yang nak cuba guna.

** tubuh badan mesti sihat sempurna sebelum memulakan perjalanan.

** tidur yang secukupnya walaupun bukan sebagai pemandu. menumpang juga boleh membuatkan kita kurang selesa dan mabuk.

** jika boleh duduk di tempat duduk depan. duduk dibelakang yang agak sempit boleh menambahkan ketidakselesaan.

** hindarkan makan makanan bergoreng dalam perjalanan kerana ia boleh menambahkan kandungan angin dalam badan yang boleh mengakibatkan mual.

** kerap membuka tingkap kenderaan bagi menghirup udara segar dari luar.

** kurangkan membaca dalam kenderaan kerana ia boleh mengakibatkan pening kepala.



p/s : harap lepas ni anak buah aku tak mabuk kereta dah -.-

Friday, April 27, 2012

menguap sejukkan otak?

Assalamualaikum warahmatullah.

huhu pasal menguap pun boleh jadi entri hehe. korang selalu menguap? selalu? erm mengantuk la tu hehe.


apa yang aku tahu kita menguap sebab kita kekurangan oksigen dan dengan menguap kita akan mendapat bekalan oksigen yang diperlukan. betul ke? apa pendapat korang? kalau ada kongsi-kongsi la ye -.-

berbalik kepada tajuk kat atas tu. berdasarkan kepada kajian daripada Dr. Gary Hack dari Universiti Pinceston, menguap boleh membantu menyejukkan otak serta menjaga otak. selalunya menguap terjadi disebabkan oleh mengantuk, kebosanan, keletihan mahu pun kekurangan oksigen kan betul la aku cakap tadi, ha tambah lagi satu. menguap juga mampu mengawal suhu otak.

otak kita ni cukup sensitif dengan perubahan suhu. jadi ia perlu dilingungi daripada terlalu panas. bila kita menguap, dinding sinus dengan rahang atas bertindak mengekalkan suhu otak.

info pasal menguap

- 35% masyarakat dunia percaya bahawa manusia akan turut menguap selepas melihat orang lain menguap, binatang pun sama. bukti saintifik mengatakan manusia menguap disebabkan paru-paru kekurangan oksigen.

- purata jangka masa manusia menguap ialah selama 6 saat.

- kajian mengatakan manusia sudah mula menguap ketika di dalam kandungan ibu.

- orang buta akan turut menguap apabila mendengar orang lain menguap.



p/s : sokmo mnguap sebab kebosanan -.-

rentap leher sebabkan strok.

Assalamualaikum warahmatullah.

kesibukan menjalankan urusan harian selalu membuatkan badan merasa sengal-sengal terutama sekali pada bahagian tengkuk atau leher kan. selalunya kalau rasa lenguh-lenguh tu kita selalu rentap leher ke kiri atau ke kanan sampai ada bunyi macam tulang patah tu kan, lepas tu perghh selesa je rasanya.

aku ada terbaca tentang kesan aktiviti rentap-rentap ni, ermm macam tajuk kat atas tu la. aktiviti rentap-rentap leher tu boleh mengundang risiko strok jika selalu diamalkan. berdasarkan teori Henry S Lodge MD seorang pakar kecergasan dari New York, merentap leher boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian arteri dan pembuluh darah jika kerap diamalkan. maknanya tak boleh buat dah la lepas ni huhu.

abis macam mana nak kurangkan rasa sengal-sengal tu lepas ni? huhu jangan risau setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya kan hehe..nak tau? nah aku bagi tau ^_^

** duduk tegak dan pandang lurus ke depan. letakkan kedua belah tangan dibelakang kepala. tarik nafas dalam-dalam tahan lebih kurang 10 saat dan ulang lah sebanyak mana yang kamu nak. eh jangan lupa lepas nafas tu -.-

** berdiri tegak. gunakan tangan kanan untuk tolak kepala ke arah kanan, tahan lebih kurang 10 saat pastu kamu ulang la banyak mana nak. guna kaedah sama untuk tolak ke arah kiri pulak. tolak slow-slow je jangan rentap pulak ye -.-

** dalam posisi berdiri tegak, hulurkan dua-dua tangan ke belakang dan genggam tangan. kemudian guna cara yang sama hulurkan tangan ke depan pula. tahan kedudukan lebih kurang 10 saat dan ulang la berapa kali kamu nak.
- maskulin


p/s : takut dengar bunyi tulang masa rentap leher tu -.-

kurangkan berat badan (lagi)

assalamualaikum warahmatullah.

hehe sambungan dari entri sebelum ni. yang tu rutin senaman outdoor, sekarang ni kaishin nak kongsi rutin senaman indoor pulak. nak buat dalam bilik sendiri pun takde sapa nak marah hehe.

ok la kaishin teruskan ke agenda utama. rutin senaman ni mudah sangat kaishin pun selalu buat tapi bila ada masa terluang la hehe..

dan inilah diantara rutin-rutin senaman tu...


CRUNCHES
rutin asas utama bagi mendapat perut yang rata serta membakar lemak berlebihan dibahagian abdomen. kelebihannya adalah mengukuhkan teras otot, mengimbang kestabilan postur dan meningkatkan daya tahan. tapi awas jika tidak dibuat dengan betul akan mengakibatkan sakit tulang belakang dan leher.

TEKAN TUBI - senaman asas untuk membakar lemak, menonjolkan otot badan dalam masa singkat, membina kekuatan lengan, tangan, pergelangan tangan, bahu dan dada serta meningkatkan metabolisme dan membina teras otot.

MENARI - bukan sahaja teruja dan memberi semangat rentetan menghayati alunan musik yang didengar malah ia memberi impak yang menyeluruh pada tubuh badan dan otot untuk mengeluarkan peluh.

SENAMAN KERUSI - sandar badan pada penjuru kerusi menggunakan tangan dan mula regangkan badan. dapat menguatkan bahagian tangan dan lengan, membantu menguatkan tenaga dalaman bagi memantapkan metabolisme, mengekalkan kepadatan tulang, memperbaiki imbangan dan menyelaraskan tubuh.

REGANGAN - melibatkan aktiviti meregangkan otot sehingga ke tahap tertentu. membakar lemak bahagian bawah lengan, perut dan paha, meningkat fleksibiliti serta postur badan, meningkatkan aliran darah, meningkatkan kesihatan jantung dan keseimbangan tubuh.

kajian laman sesawang LiveStrong.com, hiking dan berenang antara senaman mudah dan menjadi pilihan terutama lelaki dan wanita lebih gemar memilih senaman seperti berlari dan berjalan kaki.

p/s : harap tips-tips ni dapat membantu agar dapat sama-sama menikmati perjalanan hidup dengan lebih sempurna

Thursday, April 26, 2012

ungu - andai ku tahu

Assalamualaikum warahmatullah.

takde apa yang kaishin nak cakap sekarang jadi korang layan lagu je la ye sambil-sambil tu boleh la renung-renungkan sama lirik lagu ni eh ^_^


Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…



p/s : semoga terhibur ^_^

kurangkan berat badan.

Assalamualaikum warahmatullah.

nak kurangkan berat badan tak semestinya perlu mengeluarkan kos yang banyak untuk pergi ke gim atau terpaksa melakukan senaman yang berat sehingga menyebabkan kita kepenatan sampai nak habis nafas. ada rutin senaman mudah malah menyihatkan yang boleh kita lakukan, antara rutin senaman yang boleh diamalkan...

BERBASIKAL - rutin pembakar lemak pantas dan mudah. berkesan malah memberikan impak positif pada tulang kaki dan postur pinggang. bergantung kepada kepantasan dan keupayaan kita untuk mengayuh

HIKING - aktiviti aerobik yang bukan sahaja mengepam jantung malah menggerakkan otot badan. dapat mengurangkan risiko sakit jantung, tekanan darah tinggi, kolesterol dan kanser. membakar kalori, mengekalkan berat badan dan merangsangkan hormon adranalin dan endorfin.


BERSUKAN - aktiviti fizikal yang memberikan kepuasan dan kesan fizikal untuk jangka masa panjang untuk membakar lemak yang berlebihan. impak pada keseimbangan postur badan, meningkatkan jisim tulang, menjaga kesihatan dalaman dan menstabilkan tubuh.

JOGING/BERLARI - sama seperti berbasikal, membakar lemak dengan pantas, menstabilkan otot dan mengurangkan tekanan. bergantung pada kepantasan dan keseragamaan tubuh, 30 minit boleh membakar 164 kalori (CSG NETWORK).

BERJALAN KAKI - rutin yang paling mudah dan cepat memberi kesan. membantu meningkatkan jangka hayat, menstabilkan kesihatan, membakar kalori dan lemak serta memberi impak positif pada minda.


p/s : bersenam badan pun sihat kan ^_^

Wednesday, April 25, 2012

workout membakar lemak dalam badan.

Assalamualaikum warahmatullah.

entri lepas pasal menaikkan berat badan kan so bila berat badan dah naik lemak pun mesti bertambah punya kan. kali ni aku nak kongsikan cara-cara workout untuk membakar lemak-lemak yang terlebih tu pulak.


nak badan macam randy orton kena la rajin workout. kena bakar sikit lemak-lemak yang ada tu, baru la fit sikit kan. ada beberapa cara workout yang boleh digunakan antaranya...

incline push-up
Push-up dalam keadaan kaki di atas kerusi atau bangku akan memberikan lebih fokus pada bahagian dada dan ini akan memberikan bentuk dada yang menarik.

dumbbell bent-over row
Teknik dengan kaedah membongkokkan badan sehingga 90 darjah dan angkat dumbbell rapat ke dada akan memberikan tekanan pada biseps dan bahagian belakang.

dumbbell deadlift
Teknik ini tidak banyak berbeza dengan dumbbell bent-over row, cuma gerakannya adalah dengan berdiri tegak dan tunduk perlahan-lahan dengan membengkokkan lutut. pastikan tangan dan belakang berada dalam keadaan lurus.

floor push-up
merupakan teknik asas dan mudah dilakukan, cuma perlu melakukan tekan tubi di lantai yang rata.

dumbbell foward lunge
pengang dumbbell dengan kedua belah tangan dan berdiri tegak. gerakkan sebelah kaki ke hadapan dan rendahkan kedudukan badan. ulang dan tukar posisi kaki.

dumbbell arnold press
posisi pertama dengan menggenggam kedua-dua dumbbell rapat ke dada. kemudian tolak perlahan-lahan kedua-dua dumbbell ke atas setinggi yang boleh. rasakan kesan di bahagian biseps, dada dan bahu anda.

dumbbell triceps extension
berdiri dalam keadaan tegak dengan tangan menggenggam dumbbell dibelakang badan. tolakkan ke atas secara perlahan-lahan untuk merasakan kesan di bahagian triceps.

dumbbell biceps curl
berdiri dalam keadaan tegak dengan kedua-dua tangan menggenggam dumbbell. kemudian mulakan dengan tangan kanan angkat dumbbell rapat ke dada. ulang untk tangan kiri pula.

dumbbell squat
berdiri tegak dengan kedua tangan menggenggam dumbbell, perlahan-lahan rendahkan posisi badan dengan membengkokkan lutut. pastikan keadaan belakang masih dalam keadaan tegak. teknik ini memberi fokus pada bahagian belakang dan bahu.

p/s : setiap usaha perlu di iringi dengan disiplin yang kuat.

cara menaikkan berat badan.

Assalamualaikum warahmatullah.

hai semua selamat malam. apa cerita dengan hari korang semua? berjalan lancar atau ada aral di tengah jalan? apa pun yang terjadi aku doakan korang-korang semua berjaya mengharungi segala onak dan duri kehidupan tu eh.


selama ni ramai orang cari cara nak kuruskan badan kan. aku tak heran pun semua tu sebab aku ni dalam kategori orang yang kurus dan aku tengah usaha camne nak naikkan berat badan aku. ye la asyik tips nak kurus je kesian juga kat orang kurus macam aku ni, nak juga merasa badan berisi sikit kan.

tips ni aku tak ingat kat mana aku terbaca dan sebelum aku lupa terus baik aku tuliskan kat sini, senang lain kali kalau aku nak guna buka sini je. ada tiga kaedah yang boleh digunakan untuk menaikkan berat badan :

WORKOUT
workout mampu meningkatkan kekuatan dan isi padu otot pada tubuh. pilihan workout yang betul mampu memberikan kesan positif serta meningkatkan saiz tubuh.

MAKANAN BERPROTIEN TINGGI
makanan yang perlu diambil oleh mereka yang terlalu kurus hendaklah berprotien tinggi serta mempunyai zat untuk pertumbuhan seperti ikan, ayam, daging dan sebagainya.

MAKANAN TAMBAHAN
makanan tambahan juga dapat membantu dalam menambahkan berat badan. produk seperti susu weight-gain dapat memberi lebih manfaat tetapi perlu mendapat nasihat dari pakar terlebih dahulu.

p/s : gemuk nak kurus, kurus nak gemuk..macam-macam -.-

Tuesday, April 24, 2012

jumpa di Alaska.

assalamualaikum warahmatullah.

seorang remaja jepun Misaki Murakami yang kehilangan rumah dalam tragedi tsunami Mac tahun lalu baru mengetahui barang kepunyaannya terselamat, iaitu sebiji bola sepak yang hanyut hingga ke Alaska.

Bola tersebut ditemukan di Pulau Middleton, 110 kilometer dari selatan Alaska oleh juruteknik radar dari Kasilof, David Baxter dan seorang rakannya. Isteri Baxter, Yumi menghubungi Mirakami dengan bantuan seorang wartawan Jepun. Murakami melahirkan rasa terima kasih kepada pasangan itu kerana mencarinya.






Segmen Miss Nadya :: Dapat Free Iklan 1 Bulan

Assalamualaikum..salam sejahtera semua.

sejak kebelakangan ni aku rasa malas nak join segmen-segmen ni bukan apa sebab aku takut tak terkejar je nanti. tapi kali ni aku rasa nak join segmen ni hehe sebabnya cik nad ni dah jemput aku so apa lagi join je la..opss ^_^

nak join jentik muka cik nad tu ^_^

sebelum ni aku ada join Miss Nadya : Bloglist Mac & April 2012 dengan Contest Anniversary 1 Year Miss Nadya pernah menang tapi.... ermm nak kena nad nih..jaga dia nanti hehehe

kali ni nad suruh komplen atau bagi pendapat tentang blog dia. ermm camne aku nak cakap eh, aku ni budak baru belajar je suruh komplen memang tak tau huhu

kalau bagi cadangan ditutup boleh tak nad? hehe tak reti la nak komplen lagipun punca aku aktif berblog pun sebab tertarik dengan blog nad ni la, aku banyak belajar pasal blogger pun dari blog cik nad ni, ermm kiranya nad ni sifu la kan so anak murid mana boleh lawan sifu kan hehe.

nad ni rajin review blogger lain so kadang tu kalau mood nak blogwalking kureng aku masuk blog nad je jentik-jentik link blogger yang ada sambil tu boleh belek-belek tutorial yang ada tu kot ada yang berkenan hehe.

gadget memang banyak, macam-macam ada tapi tak serabut kemas je nad susun. berat tak kot, kalau lambat loading page tu bukan sebab blog yang berat tapi sebab line yang #senget je bodek hehe

cukup dah kot aku ngarut nanti panjang-panjang sangat takut korang pitam pulak nak membacanya hehe. oh lupa pulak nak bagi tau tarikh tutup segmen ni 06 MAY 2012


p/s : fuh minta-minta la aku tak menang hehe

"Tolak or Terima" Bribery?

Assalamualaikum warahmatullah.

rasuah merupakan salah satu punca keruntuhan sesebuah organisasi dan tak terkecuali juga sesebuah negara kan. jadi kali ni aku nak kongsi satu link video untuk kita sama-sama fikirkan baik buruk gejala rasuah ni.

klik gambar pak guard ni eh ^_^

"Tolak or Terima" Bribery? In this cool video, you get to CHOOSE Your Ending! - SAYS Malaysia. Sebuah filem interaktif yang membolehkan anda membuat pilihan jalan cerita yang seterusnya. Pilihlah dengan bijak, keputusan anda penentu budaya rasuah.

p/s : ini link dari Says.com jadi kalau sudi klik la eh ^_^

Monday, April 23, 2012

doa adalah ibadah.

Assalamualaikum warahmatullah.


perkara yang membezakan seorang muslim dan bukan muslim adalah solat. selepas solat kita dituntut untuk melimpahkan doa kepada yang maha Esa memohon perlindungan dan kesejahteraan dalam kehidupan. doa juga merupakan satu ibadah yang dituntut dan amat mulia disisi Allah seperti yang disebut di dalam sebuah hadis yang bermaksud..
Daripada al-Nu'man bin Bashir r.a., Nabi s.a.w bersabda: "Doa adalah ibadat."
(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)
kemulian doa disisi Allah juga disebut dalam sebuah hadis yang bermaksud..
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak ada suatu yang lebih mulia disisi Allah Ta'ala melainkan doa."
(Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah)
Oleh itu marilah kita sama-sama memperbanyakkan ibadah dengan memanjatkan doa kepada Allah Ta'ala sebagai tanda kasih kita kepada Nya dan ingat lah doa juga merupakan senjata bagi orang-orang mukmin.


p/s : sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bersungguh-sungguh dalam berdoa.

Sunday, April 22, 2012

wordless sunday.

Assalamualaikum warahmatullah.


p/s : believe it or not..

sunny sunday.

assalamualaikum.

Selamat berhujung minggu aku ucapkan buat semua pembaca dan blogger kat luar sana. Apa aktiviti korang hari ni eh? window shopping? dating? atau duduk lepak rumah je? Erm tak kisah la apa aktivitinya, apa yang penting korang semua happy eh ^_^.


Aku? Aktiviti aku sama je hari-hari sama, bangun tido pegi buka kedai bla bla bla malam balik rumah tido tu je dan hari-hari seterusnya pun sama. Pendek kata selagi belum tutup mata, keje keje keje hehe.

Cuaca cerah je hari ni, mendamaikan cuma ada spoil sikit hari ni..bekalan air dari JBA takde, merimaskan sikit sebab nak main air lama-lama tak dapat..cam budak kecik pulak ^_^. Memang merimaskan la kalau air takde ni, nak settle laundry tak dapat, nak basuh keta tak dapat hirmm banyak la perkara yang tak dapat nak buat, nak pegi 'melabur' pun tak selesa kan hihi.

Erm tetiba rasa sunyi pulak, pelanggan kurang sikit hari ni..kurang meriah, agaknya diorang mekepak kat rumah je kot sebab time cuaca panas ni memang best kalau dok berlingkar kat rumah kan kan kan ^_^.

p/s : kat kedai mata kuyu, balik rumah segar biji mata -.-

kisah sabtu.

Assalamualaikum.

selamat hari minggu semua. erm malam minggu yang tenang, takde bunyi-bunyi yang membingitkan telinga yang ada cuma bunyi unggas je. hehe best tu duduk kampung ni, damai je hehe


semalam sabtu ada pasar sekerat hari, pagi je sampai pukul 11 kiranya aku dapat rehat sikit la sebab hari sabtu orang-orang kat sini bershopping sakan kat pasar tu jadi selalunya aku rehat je la belah pagi. petang lepas zohor baru la aku pegi buka kedai.

tapi hari ni mama aku yang buka kedai lepas zohor tadi sebab papa aku bagi tau adik aku call suruh ambik dia kat temerloh..hehe apa lagi jalan-jalan cari makan la aku hari ni, sekali sekala keluar best juga kan takde la dok terperuk je kat dalam ni.

jadi dalam pukul empat kot aku gerak dari rumah, dalam doploh minit aku sampai kerayong pastu singgah kejap kat kerayong sebab nak masuk kan sen untuk adik aku yang kat ump tu. tot tet tot tet tekan mesin cash deposit tu lebih kurang 10 minit siap masuk sen..senang kan sekarang tak payah susah susah nak pakai money order ke wang pos ke, tekan tekan je siap..macam tak penah guna cash deposit pulak aku ni hehe

tar baru turap tu

1635 start enjin kereta terus gerak ke temerloh pulak. lambat sikit sampai ke temerloh sebab jem, jalan tutup sebelah sebab ada orang tengah turap tar baru. hoho dapat jalan baru la jalan ke tempat aku bila nak buat baru. lubang dah macam perigi tak buat baru pun. ke sebab jalan pedalaman jadi boleh pandang sebelah mata je la eh -.-

1720 sampai temerloh check in Masjid Abu Bakar kejap solat asar. siap solat tu terasa lapar pulak, erm baru aku teringat aku tak makan tengah hari pun patut la lapar je jadi aku singgah makan kat Sri Semantan kat benteng tu. pekena gulai ikan patin sekali sekala best juga kan. rm25 untuk tiga orang makan ok la tu kan hehe..solat sudah makan pun sudah jadi masa untuk balik la pulak. singgah bagi 'minum' cik My kejap pastu terus gerak balik.

hiasan semata

tengah best-best aku melayan selekoh yang melingkar-lingkar tu, terpandang la satu kereta..erm macam kenal je drebar tu, kecik je orangnya, tgk no plat erm ye la ni kot tapi nak bagi lampu takut salah orang so biar je la..sampai kedai terus aku tanya 'drebar' tu betul ke dia yang aku nampak tu? cerita punya cerita dia kata aku tipu, erm biar la kan mungkin aku salah orang la tu..aku silap cam orang la tu kot -.-


p/s : malam minggu mat rempit bermaharajalela hehe

hidup lagi la.

assalamualaikum dan salam sejahtera.

alhamdulillah kenyang perut aku, dah nak tengah malam baru sudah makan. sesetengah orang mesti tak suka makan lewat-lewat kan, takut gemuk katanya tapi aku alhamdulillah la sebab banyak mana pun aku makan badan aku tetap maintain je hehe.


sebut pasal gemuk ni teringat pulak aku kat bob kuman ni. aku bukan nak kata soal saiz badan dia ok cuma aku kesian kat dia sebab ada orang sebarkan berita mengatakan dia dah 'meninggal' padahal takde apa pun. apa la salah dia sampai ada orang sanggup sebarkan berita-berita macam tu eh. tak elok betul perangai, kalau kena kat batang hidung sendiri baru padan muka.

pelik betul dengan perangai manusia sekarang ni boleh buat main-main pulak dengan berita-berita macam tu, macam mendoakan supaya bob cepat mati je. bukan ke kata-kata tu satu doa jadi sepatutnya cakap la yang elok-elok, doakan bob cepat sembuh ke baru la betul.

p/s : kerana mulut badan binasa kan kan kan -.-

Saturday, April 21, 2012

aku tumbuk baru tau.

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

salam sabtu semua. huh hebat sangat ke aku ni nak main tumbuk-tumbuk ni? bagus sangat ke aku ni? hebat sangat ke aku ni? dah kuat sangat ke? gengster? ermm jawapannya memang tak la cuma itu la apa yang aku rasa sepanjang hari ni tapi semua tu setakat emosi dan tak melibatkan fizikal langsung.


hari aku bermula dengan agak serabut. pagi-pagi lagi dah kelam kabut sebab lewat pegi buka kedai di tambah lagi dengan pelanggan yang tak reti nak bezakan hari agaknya. dekat pukul 12 baru call bagitau suruh hantar barang, makin kelam kabut dibuatnya siot je apasal awal-awal tak nak bagi tau dah la jumaat masanya kan pendek sikit. terdetik juga rasa macam nak bagi penumbuk je tapi pelanggan sentiasa benar kan jadi jalan penyelesaiannya cuma satu, sabar je la walaupun yang serabutnya aku -.-

cuaca yang agak panas makin menyerabutkan hari aku, kurang selesa aku di buatnya sempat juga lah mengeluh tapi semua tu hak DIA kan jadi sebagai hamba aku kena redha dengan perkara yang berlaku kat atas muka bumi ni, lagi pun bukan ke Allah suka kan hambanya yang sabar so insyaAllah aku redha dengan semuanya. mudah-mudahan Allah akan permudahkan segala urusan aku kat atas muka bumi ni, semoga setiap perbuatan aku sentiasa di berkati dan tidak di murkai. amin

petang lepas asar hujan pulak turun. agak lebat siap dengan angin lagi tapi takde la sampai menerbangkan atap atau menumbangkan pokok tapi kalau atap yang tak berpaku tu terbang juga rasanya, sejuk pulak kali ni. hujan tu nikmat panas pun nikmat so alhamdulillah sebab aku masih berpeluang merasa semua nikmat tu.

jika difikirkan semula keadaan aku dah cukup baik jika nak dibandingkan dengan penduduk kat padang pasir sana. panas sepanjang tahun, nak tunggu hujan turun punya la seksa. ermm macam mana la diorang mengharungi semua tu ye, aku yang kadang-kadang je hari panas sikit dari biasa ni pun dah mengeluh kepanasan. astaghfirullahal'azim aku khilaf -.-

p/s : setiap perkara yang berlaku pasti ada sebabnya -.-

Friday, April 20, 2012

majlis suka-suka.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

semalam petang (rabu) hujan turun mencurah-curah membasahi bumi. lebat sangat dan takut juga majlis yang dirancang tak menjadi sebab cuaca tapi alhamdulillah lepas solat isya' lebih kurang dalam pukul 2030 kot hujan mendapat perintah dari yang maha Esa untuk berhenti turun membasahi bumi dan alhamdulillah juga majlis yang dirancang dapat berjalan dengan lancar -.-


hasil dari perbincangan minggu lepas, semalam program ni berjaya juga di buat. majlis makan-makan je, buat bbq dan mee goreng je sambil tu layan video sambutan malam tahun baru kat shah alam tu ala yang Ustaz Azhar Idrus dengan Zizan tu. sapa tak suka kan, dengar kata malam tahun baru tu lebih dari 70000 orang yang datang membanjiri majlis tu. memang terbaik la. aku tak pegi la sebab jauh korang yang duduk dekat tu tak kan tak pegi kot, rugi la -.-


motif program ni? takde apa pun sebenarnya sekadar suka-suka nak mengeratkan hubungan sesama manusia. majlis kecil-kecil je jadi takde la sampai beratus yang datang tapi alhamdulillah ramai juga yang datang memeriahkan majlis, tua muda semua datang tapi ramai yang muda la. boleh dikatakan 90% yang datang tu orang muda dan selebihnya yang pangkat pakcik.

makanan yang disediakan semua habis tak bersisa lapar kot hehe tapi dah nama pun majlis makan-makan so kena datang makan bagi habis la kan , tak makan rugi ^_^.

p/s : alhamdulillah lain kali boleh buat lagi ^_^

Thursday, April 19, 2012

tangan tersepit mesin mainan.

assalamualaikum dan salam sejahyera.


Anggota bomba dan penyelamat Kota Darul Naim, Kota Bharu berusaha mengeluarkan tangan mangsa seorang kanak-kanak, Mohd Ashraf Mohd Huzaini 3 tahun yang tersepit dalam sebuah mesin mainan di sebuah kedai runcit sambil ditenangkan oleh kedua ibu dan bapanya, Huzaini Yahya dan Rosnita Wahab.

berita harian.

p/s : kesian adik tu kan -.-

sori semua -.-

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

galaxy mini je

hehe ni bukan nak tunjuk hp yang aku guna eh lagipun hp biasa je takde pekdah aku nak menunjuk kat korang pun. korang semua mesti guna hp yang lagi bagus dari yang ni kan. oleh kerana aku takde bokben so dengan hp ni la aku selalu men tuit, men fb dan men blog masa aku duduk tercongok kat kedai. kiranya banyak juga la jasa hp ni kat aku hehe. semalam aku buka blog ni guna hp ni la so kalau dah online guna hp ni memang minta maaf la aku nak blogwalking, men tuit ngan men fb ok le hehe.

semalam wiring kat rumah ni ada problem sikit, habis semua plug tak berfungsi. entah apa sebabnya aku pun tak tau sebab aku tak tau bab wiring ni. walaupun aku ada belajar sikit-sikit bab wiring dulu tapi aku memang fail sebab pening tengok plan dia. dengan wayar yang berserabut kepala aku yang jadi serabut.

pagi tadi dah ada orang betulkan so sekarang ni semua dah ok, plug semua dah berfungsi kecuali separuh rumah lagi la sebab wiring rumah ni baru separuh je siap hehe. so hari ni boleh la aku nak berdating ngan cik lappy ni ^_^. i love u cik lappy poyo lagi

p/s : sori semalam tak dapat membalas kunjungan sahabat -.-

Wednesday, April 18, 2012

Tuesday, April 17, 2012

dugaan.

Assalamualaikum daan selamat sejahtera.

hari ni (isnin) satu hari suntuk aku kerja menahan denyutan kat kepala aku ni. kerap juga aku kena sejak kebelakangan ni, dalam bulan april ni saja rasanya ada la dalam lima enam kali kot kena. aku tak tau kenapa aku selalu kena, ada sakit apa-apa ke aku ni? ermm aku tak tau nak agak sebab aku tak penah pegi buat check up pun. -.-


jenuh dah mak aku suruh pegi buat check up tapi aku buat tak tau je. bukan aku tak nak pegi tapi aku tak suka nak pegi. dengan servisnya yang lambat, muka misi pula banyak yang masam dari yang senyum pusat kesihatan sini ye tempat lain aku tak tau..mungkin penat melayan kerenah pesakit kot tapi kalau boleh tu senyum la sikit. tak ikhlas pun takpe asalkan senyum kan baru la tenang sikit pesakit tengok muka misi manis je..hehe jangan marah ye kalau ada nurse yang baca ^_^

penah sekali aku pegi, doktor yang bertugas tu boleh pegi rehat serentak. ada tiga doktor, tiga-tiga keluar rehat. hangin betul dah la nak tunggu sampai no sekian hal, boleh pulak doktor buat perangai macam nak minta kaki. bukan aku sorang je yang hangin, semua yang duduk tercongok menunggu tu hangin satu badan. -.-

ada sekali tu sebab ada temujanji dengan pakar so aku pegi la, pukul lapan setengah aku sampai, siap daftar apa semua aku pun duduk la menunggu. berjam aku menunggu, dekat pukul dua belas baru aku dapat masuk. masuk jumpa doktor, dia belek sana sini, tanya dua tiga patah dah siap tak sampai sepuluh minit pun. hangin juga la tapi tak boleh nak buat apa kan so aku terima je la cuma aku kesian juga tengok makcik @ pakcik yang terpaksa duduk menunggu berjam-jam tu. -.-

sebab tu la selalunya kalau aku sakit apa pun, aku cuba tahan sakit tu. selalu aku cuma telan panadol je tapi kali ni aku ingat tak nak makan la mula-mula tu sebab aku penah terbaca sebelum ni tak ingat kat mana, kalau kerap sangat makan panadol tak elok untuk kesihatan sebab dia boleh jadi penyebab kanser darah pulak. betul ke tak aku tak tau la tapi seingat aku itu la yang tertulis dalam artikel tu. -.-

sudahnya aku terpaksa mengalah, aku telan juga dua biji panadol tadi sebab dah tak tahan sangat. sampai nak buka mata pun rasa berat duk menahan denyut tu so terpaksa la aku mengalah. dan sekarang alhamdulillah dah makin kurang denyutnya walaupun tak hilang sepenuhnya lagi. aku harap bangun tido pagi esok hilang la denyut tu, mudah-mudahan insyaAllah. -.-

p/s : sakit tu dugaan dari Allah, nak uji sejauh mana ingatan seseorang hamba kepada NYA.

Monday, April 16, 2012

merajuk ke.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

salam buat semua pembaca dan kawan-kawan blogger yang sudi baca entri aku yang ntah apa-apa ni (ada ke). aku ada perasaan yang kurang enak sikit sekarang ni. tak tau la kot kalau aku je yang lebih-lebih sebab aku ni memang selalu camni, orang takde apa aku yang moyok -.-


hurmm mungkin aku ada silap kat mana-mana kot sebab aku memang selalu cakap sebelum berfikir. aku sedar tu tapi mungkin sebab dah jadi kebiasaan so susah sikit aku nak ubah tabiat buruk aku tu.

sebab tu orang selalu kata "berfikir sebelum bertindak" kan, sebab taknak jadi macam ni la. orang lain tak layan aku takpe tapi kalau dia tak layan aku hurmmm alamatnya sepi la hidup aku cewah ayat kahkahkah geli ketiak aku :D

tapi macam mana aku nak buat eh, aku ni bab-bab memujuk ni memang fail la. aku ingat kalau ada exam pasal pujuk orang ni, gerenti tak kan lulus punya la. gerenti gagal punya. silap-silap cikgu yang ngajar tu jadi macam miss puff ajar spongebob ambik lesen, stress giler sebab dah beratus kali spongebob test lesen tapi tak lulus-lulus juga -.-


p/s : hurmmmmm

#50PercentSoGood

Assalamualaikum dan salam sejahtera

macam-macam cara orang nak promosi barang diorang kan. kali ni kfc pulak buat promosi #50PercentSoGood.

Just one tweet to win a prize from @KFCMy every week. Here's how. #50PercentSoGood

kalau ikut yang aku faham apa yang kita cuma perlu tweet pasal satu produk kfc yang kita nak separuh harga guna hashtag #50PercentSoGood ke @KFCMy dan kita ada peluang dapat apa yang kita nak tu.

selain tu kita juga ada peluang nak makan dinner plate a-la-carte separuh harga tapi kena beli dinner plate combo dulu la eh.

p/s : bab makan ni mesti ramai yang suka kan, mesti ramai yang duk berebut -.-

Sunday, April 15, 2012

apabila sampai waktunya..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

salam sabtu semua. apa aktiviti korang eh hari ni. kalau yang duduk kelantan, terengganu dan kedah hari ni kira hari minggu la kan, cuti la kan sebab esok dah keje @ belajar kan.


uih gambar keranda lak ari ni, apa kena ngan aku nih -.- ..siang tadi ada orang meninggal kat tempat aku ni tapi semua tu biasa la kan. dah nama pun hidup pasti sampai masanya akan mati juga. aku pun sama la, entah bila masa aku pun tak tau. semua tu terserah pada yang maha Esa.

arwah meninggal akibat serangan jantung, masa tengah rehat dari kerja ladang dia so kiranya masa kejadian tu dia tengah duk dalam ladang la. tiba-tiba pengsan, sempat bawa ke klinik tapi doktor tak boleh nak buat apa dah.

ajal datang bila-bila masa, takde manusia yang tau bila masanya kan. jadi sementara ada peluang ni kena la perbanyakkan amalan sebagai bekalan di hari akhirat nanti.

tiga perkara yang akan ikut masuk sama ke alam barzah nanti..

*amalan soleh
*sedekah
*doa anak yang soleh

dah cukup ke semua tu dalam diri aku ni? memang banyak lagi yang aku kena buat untuk persiapan bekalan alam barzah nanti.

p/s : innalillahiwainnailaihirajiun -.-